AFL
Ketua jurulatih Malaysian University-UiTM, Yazli Yahya

MALAYSIAN University-UiTM tetap menghormati USM FC walaupun ini kali pertama lawan beraksi di pentas Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

Layak secara merit selepas bergelar naib juara Liga A2 Amateur  musim lalu, kehadiran pasukan yang rata-rata dibarisi warga kerja USM FC itu perlu diberikan perhatian.

Ketua jurulatih Malaysian University-UiTM, Yazli Yahya berkata, semua pasukan yang beraksi musim ini mempunyai kualiti masing-masing termasuklah USM FC.

“Kami akan bermain seperti biasa dan lebih berhati-hati pada aksi malam ini, kelebihan berpihak pada USM FC selaku pasukan tuan rumah.

“Pemain telah diingatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya dan tidak melakukan kesilapan mudah yang memberikan ruang pada lawan menjaringkan gol,” tegasnya.

Katanya lagi, pasukan akan turun dengan misi meraih keputusan positif walupun beberapa pemain utama masih dibelenggu kecederaan.

“Ada beberapa pemain tidak berad dalam prestasi sebenar dan mengalami kecederaan namun kami hadir dengan misi meraih mata dan tetap optimis dengan barisan pemain sedia ada,”ujarnya

Malaysian University-UiTM mempamerkan aksi menakjubkan apabila berjaya mengikat Kelantan City FC yang dibarisi pemain berpengalaman dengan keputusan 1-1 pada aksi pertama di laman sendiri.

#AFL

#ligaa1semipro20262027

#ligauntuksemua

> Jadual perlawanan

13 September 2026 / Ahad

USM FC vs Malaysian University-UiTM

Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang / 8.45 mlm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *