AFL

NEGERI Sembilan FC II tekad melakar kejutan menewaskan Johor Darul Ta’zim II pada aksi di Stadium Tampin, Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Nor Hafiz Zamani Misbah berkata, keyakinan ini berdasarkan semangat tinggi yang ditunjukkan barisan pemain ketika ini.

“Dalam bola sepak tiada yang mustahil mampu dilakukan, tetapi yang penting adalah keyakinan tinggi dan mengikuti segala perancangan dari jurulatih.

“Kami menghormati JDT II yang saya anggap pasukan yang memiliki ramai pemain berpengalaman dalam liga bola sepak berbanding dengan kami yang baru kali pertama beraksi di Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

“Namun kami bersedia memberikan saingan dan jika menang ia adalah bonus untuk pasukan,” katanya.

Tambahnya lagi, kemenangan ke atas Imigresen FC II sebelum ini amat penting buat barisan pemain menjelang aksi Sabtu ini.

“Sangat-sangat penting dan membantu pasukan, walaupun JDT II tewas kepada IFC II dan kita menewaskan IFC II tetapi dalam bola sepak ini semuanya berbeza,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *