AFL

KELANTAN City FC perlu menamatkan perlawanan menentang AAK UNISEL FC dengan kemenangan untuk memastikan kelompok tiga teratas dalam gengaman.

Meraih sembilan mata hasil dua kemenangan dan tiga seri untuk mengumpul sembilan mata berada dikedudukan kelima, The Blue Fighters berpeluang berada dikelompok ketiga jika tiga mata diraih pada aksi malam esok.

Bagi Pengurus pasukan, Wan Muhd Ridhuan Wan Abdullah, pasukan tidak boleh melepaskan peluang untuk terus memberi tekanan buat Selangor FC II dan Johor Darul Ta’zim II yang kini berada dikelompok dua terbaik.

“Menentang AAK UNISEL FC bukanlah tugas mudah jika dilihatkan prestasi mereka sebelum ini tetapi itu juga bukan mustahil buat barisan pemain Kelantan City FC.

“Kami mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga A1 Semi-Pro selepas lima perlawanan dan pada masa sama akan melonjakkan kedudukan pasukan,” katanya.

Tambahnya lagi, AAK UNISEL FC pasti hadir malam ini dengan reputasi positif selepas meraih kemenangan ke atas Armed Forces FC pada perlawanan sebelum ini.

“Saya telah mengingatkan kepada semua pemain agar tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan, walaupun kita lihat mereka dibarisi pemain-pemain kurang ternama.

“Menewaskan Imigresen FC II (2-1), Negeri Sembilan FC II (1-0) dan Armed Forces FC (1-0) membuktikan kemampuan mereka untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan positif.

“Pemain perlu mengelakkan dari melakukan kesilapan mudah hingga memberi ruang kepada lawan menjaringkan gol selain perlu fokus sehingga wisel penamat dibunyikan,” katanya.

17 Oktober 2026 (Sabtu)

> Kelantan City FC vs AAK UNISEL FC

   Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu / 8.45 mlm

   *Live Streaming PPV – Youtube Kelantan City FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *