AFL

AAK UNISEL FC tekad meraih tiga mata penuh menentang Selangor FC II pada perlawanan minggu ketujuh Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 di Stadium Utama, Kuala Selangor, Jumaat ini.

Ketua jurulatih AAK UNISEL FC, Rezal Zambery Yahya berkata, berdepan lawan yang dianggap berpengalaman bukanlah tugas mudah namun ianya tidak mustahil.

“Melihat pada lawan yang kini memimpin Liga A1 Semi-Pro membuktikan mereka pasukan yang berpengalaman dan kami perlu bersedia dari segi semua aspek jika ingin meraih tiga mata.

“Peranan pemain juga penting dan saya percaya serta yakin dengan barisan pemain diturunkan nanti, tiga mata menjadi sasaran” tegasnya.

Tambahnya lagi, satu mata di bawa pulang dari Kota Bharu merupakan suntikan semangat buat pasukan.

“Alhamdulillah, kita bersyukur kerana berjaya membawa pulang satu mata dari Kota Bharu. Secara keseluruhan, saya melihat pencapaian 10 mata yang dikutip oleh AAK UNISEL daripada perlawanan menentang Imigresen FC, Negeri Sembilan FC II, Armed Forces FC dan Kelantan City FC sebagai satu permulaan yang positif buat pasukan.

“Setiap perlawanan mempunyai cabaran tersendiri. Pemain telah menunjukkan komitmen dan usaha yang baik untuk mendapatkan keputusan.

“Kita juga menghormati kekuatan Selangor FC II, akan terus bekerja keras, menilai setiap perlawanan dan memberikan fokus sepenuhnya kepada cabaran seterusnya,” katanya.

AAK UNISEL FC kini berada dikedudukan keenam liga selepas meraih tiga kemenangan satu seri serta dua kekalahan untuk mengumpul 10 mata.

> Perlawanan seterusnya

23 Oktober 2026 (Jumaat)

AAK UNISEL FC vs Selangor FC II

Stadium Utama, Kuala Selangor / 4.45 ptg

*Live – Streaming PPV- AAK UniselFC

> Keputusan perlawanan enam perlawanan AAK UNISEL FC

– 30 Ogos 2026 (Ahad)

  Bunga Raya FC (3) vs (1) AAK UNISEL FC

– 6 September 2026 (Ahad)

  AAK UNISEL FC (1) vs (3) JDT II

– 10 September 2026 (Khamis)

  AAK UNISEL FC (2) vs (1) IFC II

– 27 September 2026 (Ahad)

  NSFC II (0) vs (1) AAK UNISEL FC

– 3 Oktober 2026 (Sabtu)

  AAK UNISEL FC (1) vs (0) Armed Forces FC

– 17 Oktober 2026 (Sabtu)

  Kelantan City FC (1) vs (1) AAK UNISEL FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *