

LAPAN pasukan baharu melengkapkan senarai 18 pasukan bagi merebut gelaran kejuaraan Liga A2 Amatur 2026/2027 yang lebih kompetitif dan berkualiti.
Kejohanan anjuran Amateur Football League (AFL) itu dibahagikan dengan empat Zon iaitu zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur dengan tirai saingan bermula 14 November 2026 sebelum melabuhkan tirai pada April 2027.
Pasukan tersebut ialah Perak FA II, Kg. Rawa- Butterworth Rangers, Star City FC U20, CCCP KDN FC, Johor Darul Ta’zim Academy, Melaka FC U20, PDRM FA dan SATU FC.
10 pasukan sedia ada iaitu Kuala Perlis Titans FC, KGKU FC, ACEIO FC, Sg. Merab FC, THKR FC, PUSEN-Seremban United, NS Forces Warrior FC,YPM FC, Raub STW FC dan MPPD FC.
Musim lalu, kejohanan Liga A2 Amateur menyaksikan pertembungan empat pasukan berjaya melayakkan diri dipentas separuh akhir iaitu AZM Rovers FC, Kuala Perlis Titans FC, USM FC dan AAK Puncak Alam FC.
Gelaran kejuaraan milik AZM Rovers FC selepas menewaskan USM FC dengan keputusan 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
