AFL

PEMAIN berpengalaman Kelantan City FC, Muhammad Hadin Azman sedia berkongsi pengalaman yang dimiliki bagi membantu pasukan meraih tiga mata berdepan Imigresen FC II, Ahad ini.

Menyifatkan lawan bukanlah pasukan mudah ditewaskan dan dipandang rendah, Hadin yang membantu Kuala Lumpur City FC menjuarai Piala Malaysia 2021 serta mara ke final Piala AFC 2022 percaya saingan sengit pasti dijelmakan lawan.

“Sudah tentu saya akan berikan persembahan terbaik buat pasukan untuk meraih tiga mata, berkongsi pengalaman dimiliki dengan rakan-rakan sepasukan agar keputusan positif dicapai.

“Kami semua perlu fokus dan konsisten dalam permainan, IFC II bukannya lawan yang mudah itu perlu diberikan perhatian”, jelasnya yang mampu beraksi sebagai pemain sayap dan serangan.

Jelas pemain kelahiran Kuala Lumpur ini, sokongan pemain ke 12 yang sentiasa bersama pasukan amatlah dihargai.

“Saya merasakan aura pemain ke 12 begitu ketara yang membangkit semangat kami sebagai pemain untuk beraksi memburu kemenangan.

“Kami juga mengharapkan suasana yang sama untuk aksi di Stadium MMU, Cyberjaya, Ahad ini,” tegasnya yang pernah mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), FELDA United, Kedah Darul Aman, Kuala Lumpur City FC, Penang FC dan Negeri Sembilan FC.

Perlawanan seterusnya

> 25 Oktober 2026 (Ahad0

   Imigresen FC II vs Kelantan City FC

   Stadium MMU, Cyberjaya / 4.45 ptg

   *Live Streaming PPV – AFL+ https://afl.aflplus-ifs.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *