AFL

HANYA menggunakan khidmat kakitangan Angkatan Tentera dari Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera (AFFC) mensasarkan kejuaraan Liga M3 musim ini.

Pada masa sama skuad yang dibimbing Kevin Lee Cooper ini turut memiliki matlamat untuk bersaing mendapatkan promosi ke Liga Super bagi musim 2024 yang diberi latihan dan pembangunan yang sesuai untuk para pemainnya.

Menyedari cabaran besar untuk bersaing dengan pemain tempatan profesional, AFFC percaya dengan akses kepada 110,000 kakitangan Angkatan Tentera yang berkhidmat, pasukan boleh mencari, melatih dan membangunkan skuad yang boleh bertanding menentang pasukan profesional lain di Liga Malaysia.

Kepakaran yang dimiliki bekas pemain berpengalaman dalam saingan Liga Super, Venice Elphi juga dilihat aset berharga buat pasukan selain beberapa muka baharu yang memiliki potensi.

INFO RINGKAS AFFC

  • Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) telah ditubuhkan pada tahun 1921, dan merupakan ahli pengasas Persatuan Bola Sepak Malaysia.
  • PBAT telah mengambil bahagian dalam setiap penganjuran liga FAM sejak tahun 1946, dengan pencapaian mereka tertinggi iaitu Juara Liga Perdana pada tahun 2012, Naib Juara Piala Malaysia 2012.
  • Pada tahun 2015 arahan senior Angkatan Tentera mengarahkan PBAT untuk mencari cara yang mampan untuk mengambil bahagian dalam liga, dan peralihan kepada skuad penuh anggota Angkatan Tentera
  • Pada 2016 kepimpinan PBAT memilih untuk bekerjasama dengan Transwater Tenaga Sdn Bhd untuk latihan dan pembangunan pasukan bawah umur 21 tahun dalam usaha untuk menyalurkan pemain ke dalam skuad senior mereka.
  • Pada tahun 2018 PBAT telah memeterai usaha sama dengan Transwater Tenaga untuk menubuhkan Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera (AFFC) yang akan mengambil alih tempat PBAT untuk bermain dalam liga profesional, sejajar dengan keperluan pelesenan kelab FAM.

Pengurus : Mohd Noorazam Abd Razak

Ketua Jurulatih : Kevin Lee Cooper

Penolong Jurulatih 1 : James Richard Barnett

Penolong Jurulatih 2 : Boon Aik Hau

Jurulatih Kecergasan : Mohd Khairul Anuar Haron

Jurulatih Penjaga Gol : Mohd Alif Daud

Physio : Ahmad Hambali Md Desa AHMAD HAMBALI MD DESA

Kit Man 1 : Amirul Izuan MIRUL IZUAN

Kit man 2: Mohd Sukri Mat Hamidi

Local General Coordinator : Mohd Shahril Md Tajuddin

Gelanggang : STADIUM MINDEF, KL.

Laman Sosial :

Facebook Page : Armed Forces F.C

Instagram : armedforcesfc

Twitter : ArmedForcesFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *