AFL

MENAMATKAN saingan dikedudukan enam terbaik dalam Kumpulan B musim lalu, perjalanan pasukan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA) diteruskan dengan sasaran suku akhir diletakkan untuk Liga M3 musim ini.

Bermatlamatkan sebagai pentas perlawanan buat pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan berdaya saing melalui liga kompetitif untuk menghadapi kejohanan-kejohanan universiti di peringkat antarabangsa, MUFA kini bersedia sepenuhnya untuk memberikan cabaran.

Presiden MUFA, Datuk Dr Pekan Ramli memaklumkan pasukannya kini sudah bersedia sepenuhnya mengharungi saingan Liga M3 yang kini dijalankan secara liga dengan menjangkakan tentangan sengit dari pasukan lain.

“Musim lalu kita menduduki tangga keenam dan memberikan saingan sengit kepada lawan, cuma dalam tiga perlawanan terakhir kita terpaksa beraksi tanpa pemain utama memandangkan mereka beraksi pada kejohanan Asean University Games dan Asian University Football Tournament.

“Untuk kali ini, skuad dibarisi beberapa pemain berpengalaman khususnya dari Uitm FC dan pemain muda yang kami lihat mampu memberikan tentangan buat lawan,” ujarnya ditemui AFL di Putrajaya.

Tambah Pekan, saingan Liga M3 adalah pentas terbaik buat barisan pemainnya sebagai persiapan mengharungi kejohanan peringkat IPT antarabangsa.

“Dari pasukan yang tidak dipandang dan dikenali, MUFA mula mencipta nama khususnya menerusi penyertaan Liga M3 dimana musim lalu ada beberapa pemain telah membarisi pasukan Liga Super.

“Untuk membina pasukan yang mantap, kita memerlukan banyak minit permainan yang kompetitif dan Liga M3 bagi saya pentas terbaik untuk memastikan matlamat dicapai,” tegasnya.

INFO RINGKAS MUFA

Penasihat : Dato’ Shaharuddin Abu Sohot

Presiden : Datuk Dr Pekan Ramli

Pengurus pasukan : Mohd Farid Dewan

Ketua Jurulatih : Ridzuan Abu Shah

Penolong Ketua Jurulatih : Ashadi Mohd Yusoff

Jurulatih Kecergasan : Kamal Hassan

Jurulatih Penjaga Gol : Ashazar Yahya

Physio : Mohammad Tasnim Abu Mansor

Kit Man : Mohamad Iqbal Hakimi Zulkfili

Pegawai Media : Noor Farahliana Dahalin

Pencapaian musim lalu : Tangga keenam Kumpulan B

Gelanggang : Stadium UKM, Bangi

Laman Sosial :

Facebook Page : Malaysia University Football -MUFT

Instagram : official_MUFA

 

 

 

March 1, 2023
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *