InterviewBy Amateur Football League

Aksi berkualiti Liga M3 pikat kelab Liga Super

Saingan Liga Super 2023 yang memulakan tirai malam ini menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC sememangnya dinantikan peminat kedua pasukan secara khususnya dan amnya penyokong bola sepak tempatan.

ShareFollow AFL

SAINGAN Liga Super 2023 yang memulakan tirai malam ini menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC sememangnya dinantikan peminat kedua pasukan secara khususnya dan amnya penyokong bola sepak tempatan.

Begitu juga debaran dirasai 10 pasukan lain yang melengkapkan senarai pasukan dalam saingan paling berprestij di Malaysia.

Merasai aura Liga Super kali ini juga tidak ketinggalan beberapa pemain Liga Bolasepak Amatur (AFL) yang berjaya memikat hati kelab-kelab Liga Super untuk musim 2023.

Memanfaatkan sepenuhnya saingan Liga M3 musim lalu beberapa pemain yang sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga Super mahupun Liga Premier kini kembali semula di pentas yang lebih kompetitif.

Selain beraksi dalam Liga Super, beberapa pemain yang bersama pasukan AFL turut mendapat tempat dalam skuad bawah 23 tahun kelab.

Selamat Maju Jaya !!!

PERPINDAHAN PEMAIN LIGA M3 KE LIGA SUPER

> Tew Yi H’Ng (Bukit Tambun FC ➡️ Kelantan United FC)

> Afiq Azuan (Harini Selangor FT ➡️ Kelantan FC)

> Rahman Shah Marajeh (Harini Selangor FT ➡️ Sabah FC)

> Fauzi Majid (Imigresen FC ➡️ PDRM FC)

> Ammar Nuqman Mohd Fatimi (Kijang Rangers FC➡️ Kelantan FC)

> Mohd Sakri Masri (Kinabalu Jaguar FC ➡️ Sabah FC)

> Muhd Norfiqrie Abd. Talib (Kuala Kangsar BRM FC ➡️ PDRM FC)

> Muhd Nur Iqmal Harun (Kuala Lumpur Rovers ➡️ PDRM FC)

> Shafiq Shaharudin (Kuala Lumpur Rovers ➡️ Kelantan FC)

> Farhan Abu Bakar (Kuala Lumpur Rovers ➡️ Kelantan FC)

> Muhd Hadi Mizei @ Termizi (Kuala Lumpur Rovers ➡️ KL City)

> Muhd Faizal Hafiq Omar (Kuala Lumpur Rovers ➡️ KL City)

> Qayyum Marjoni Sabil (PIB FC ➡️ Kuching City FC)

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.