InterviewBy Amateur Football League

Harini Selangor FT tekad leburkan rekod KL Rovers

Pengendali Harini Selangor FT, P Maniam mahu memastikan rekod tanpa kalah Kuala Lumpur Rovers lebur apabila kedua-dua pasukan berdepan pada aksi di Stadium UPM, Serdang petang ini.

ShareFollow AFL
Amateur Football League

 

Amateur Football League

PENGENDALI Harini Selangor FT, P Maniam mahu memastikan rekod tanpa kalah Kuala Lumpur Rovers lebur apabila kedua-dua pasukan berdepan pada aksi di Stadium UPM, Serdang petang ini.

Berdepan anak didik Wan Mustafa Wan Ismail yang kini menerajui saingan MBSB Bank Championship dengan kelebihan tiga mata namun kurang satu perlawanan, P Maniam mengakui bukan tugas mudah.

“Kalau kita tengok dalam saingan MBSB Bank Championship, rata-rata enam hingga tujuh pasukan kekuatan adalah sama. Kita boleh tengok KL Rovers, memiliki keyakinan tinggi, berkualiti.

“Jika kami mahu menang pada pertembungan petang ini pasukan perlu bekerja keras,” ujarnya kepada AFL.

Tambahnya lagi, kekuatan lawan yang memiliki beberapa pemain berpengalaman disetiap posisi juga perlu diberikan perhatian.

“Kami perlu beraksi mengikut corak permainan tersendiri dan mengikut perancangan, mustahak untuk mencipta Gerakan gol dan penyudah,” tegasnya.

Pertembungan KL Rovers menentang Harini Selangor FT minggu ini dianggap antara perlawanan tumpuan memandangkan mereka kini merupakan dua pasukan teratas liga.

Aura jurulatih turut memainkan peranan selain beberapa pemain berpengalaman serta pemain muda yang dilihat permata buat kedua-dua pasukan.

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.