InterviewBy Amateur Football League

Izzat pilihan tepat

Benteng terakhir Kelab Bolasepak Persada Integriti Bersatu (PIB), Izzat Abd Rahim ternyata menepati kehendak dan kepercayaan diberikan pasukan apabila beraksi cemerlang bagi memastikan gawang tidak dibocori pada aksi menentang Manjung City FC, Sabtu lalu.

ShareFollow AFL

BENTENG terakhir Kelab Bolasepak Persada Integriti Bersatu (PIB), Izzat Abd Rahim ternyata menepati kehendak dan kepercayaan diberikan pasukan apabila beraksi cemerlang bagi memastikan gawang tidak dibocori pada aksi menentang Manjung City FC, Sabtu lalu.

Ketangkasan Izzat yang sekurang-kurangnya menafikan tiga percubaan dari penyerang tuan rumah memastikan pasukan membawa pulang satu mata berharga.

Bagi ketua jurulatih PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusoff pemilihan Izzat sememangnya menjadi keutamaan pada aksi pertama beraksi ditempat lawan.

“Kerja keras dan persembahannya pada malam tersebut menepati kemahuan dan kehendak saya serta pengurusan, bijak membaca pergerakan, hantaran lawan dan ianya terbukti apabila menafikan sekurang-kurangnya tiga percubaan berbahaya lawan.

“Barisan pertahanan juga saya lihat memiliki keyakinan untuk mara ke bahagian tengah setelah melihat aksi berkualiti dipamerkan Izzat,” katanya kepada AFL.

Tambahnya lagi, bukan sahaja Izzat yang beraksi cemerlang tetapi pemain lain memberikan sepenuh komitmen sepanjang masa perlawanan.

“Mungkin ada beberapa kelemahan yang dikenalpasti pada perlawanan menentang Manjung City FC, dari segi keserasian, begitu juga rentak permainan pasukan yang terikut-ikut dengan corak permainan lawan.

“Jentera serangan perlu lebih tajam dan kita perlu bermain dengan gaya kita sendiri,, mungkin ini perlawanan pertama kita, apa pun saya gembira dengan membawa pulang satu mata berharga”, ujarnya.

 

 

 

 

 

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.