ClubBy Amateur Football League

KL Rovers FC masih belum sempurna

Kelab Bolasepak Kuala Lumpur Rovers menyifatkan perjalanan dalam saingan Liga M3 musim 2023 masih jauh walaupun dilihat tidak berdepan masalah menewaskan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA), 3-0 di Stadium UKM, Bangi, Sabtu lalu.

ShareFollow AFL

KELAB Bolasepak Kuala Lumpur Rovers menyifatkan perjalanan dalam saingan Liga M3 musim 2023 masih jauh walaupun dilihat tidak berdepan masalah menewaskan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA), 3-0 di Stadium UKM, Bangi, Sabtu lalu.

Pengendalinya, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui walaupun menang dengan jumlah jaringan agak besar namun masih banyak lagi perlu diperbaiki bagi memastikan aksi konsisten pada setiap perlawanan.

“Kita menentang pasukan yang dibarisi pemain muda yang mempunyai corak permainan pantas namun kelebihan yanga da pada kami adalah pengalaman berada dalam situasi seumpama ini.

“Barisan pemain memberikan komitmen 110 peratus dan mengikuti segala perancangan yang ditetapkan, Alhamdulillah kami berjaya meraih tiga mata penuh,” tegasnya.

Pada aksi yang tersebut gol pelawat dijaringkan Rafie Mat Yaacob minit ke-9, Amirul Ashraf (m-44) dan Afiq Razali (m-64).

Tambah Wan Mustaffa, anak didiknya perlu memperkemaskan benteng pertahanan yang dilihat sedikit goyah apabila berjaya dibolosi pemain tuan rumah.

“Pasukan masih belum mantap sepenuhnya, pertahanan perlu dikukuhkan sebagai satu pasukan kerana saya lihat lawan memiliki peluang menjaringkan gol.

“Kami perlu segera mengatasi masalah ini,” ujarnya yang kini bersedia berdepan Perlis United FC di Stadium UNIMAP, Pauh, Perlis, 11 Mac nanti.

 

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.