ClubBy Amateur Football League

Liga A1 pentas kebangkitan KDA FC

Saingan Liga A1 Semi – Pro 2025/2026 pentas kebangkitan terbaik buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk terus berada dalam saingan liga bola sepak Malaysia.

ShareFollow AFL
Amateur Football League
Amateur Football League

Ketua Jurulatih KDA FC, Azzmi Aziz

SAINGAN Liga A1 Semi – Pro 2025/2026 pentas kebangkitan terbaik buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk terus berada dalam saingan liga bola sepak Malaysia.

Menyedari bukanlah tugas yang mudah melihatkan “sekatan perpindahan pemain”, skuad bimbingan Azzmi Aziz tetap menaruh kepercayaan buat barisan pemain muda untuk membuktikan sesuatu.

Tegasnya, Liga A1 adalah pentas terbaik buat pasukannya untuk bangkit dan melupakan kisah silam yang dialami pasukan.

“Kami kena realistik dengan situasi semasa pasukan, enggan meletakkan janji dengan apa yang dilalui pasukan ketika ini (sekatan perpindahan pemain”.

“Bermain dihadapan penyokong yang ramai juga antara eleman yang perlu dihadapi pemain-pemain muda dalam pasukan, bagi saya ia bukanlah mudah namun tidak mustahil dilakukan,” ujarnya kepada AFL.

Sebahagian tonggak muda yang akan memperkuatkan pasukan mengharungi Liga A1.

Sebahagian tonggak muda yang akan memperkuatkan pasukan mengharungi Liga A1.

Bekas pengendali Sang Saka Biru ini turut mengakui skuadnya dibarisi majoriti pemain-pemain muda dengan hanya beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan.

“Saya rasa kita mampu bersaing cuma kita ada sedikit kekurangan tentang pemain import yang dilihat antara faktor utama, tanpa pemain import kita akan berdepan dengan halangan, penyudahan kurang berkesan.

“Kita kena realistik dengan apa yang ada dalam pasukan, beberapa siri perlawanan persahabatan yang dihadapi sebelum ini memberikan ruang untuk kami terus memperbaiki kelemahan-kelemahan.

“Dari segi stamina dan kerjasama saya yakin pemain-pemain muda tempatan mampu mengatasinya dan memberikan impak dalam pasukan,” katanya yang meletakkan sasaran peribadi menamatkan saingan dikelompoh 10 terbaik.

> Info Ringkas Kedah Darul Aman FC

Ketua Jurulatih : Azzmi Aziz
Gelanggang : Stadium Mini MPKP, Jitra.

#afl
#ligaa1semipro
#ligauntuksemua

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.