LeagueBy Amateur Football League

Melaka FC rangkul kejuaraan Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024-2025

Melaka FC melakar kejayaan gemilang dalam saingan Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024-2025 apabila merekodkan 22 kemenangan, lima seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 71 mata yang memastikan gelaran kejuaraan.

ShareFollow AFL
Amateur Football League
Amateur Football League

MELAKA FC melakar kejayaan gemilang dalam saingan Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024-2025 apabila merekodkan 22 kemenangan, lima seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 71 mata yang memastikan gelaran kejuaraan.

Turun pada aksi terakhir di Stadium Hang Jebat berdepan Machan FC, anak didik K Devan tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan di hadapan penyokong setia tuan rumah.

Pada perlawanan tersebut, penyerang import dari Ghana, Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar.

Bagaimanapun, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-12 menerusi Haziq Shah Putra Zulkafli.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah segera menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd Fakrullah Rosli pada minit ke-19.

Tiga minit kemudian, Fuseini menambah jaringan buat Melaka FC selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-22 sebelum sekali lagi meledak pada minit ke-33.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Fuseini terus menambah jaringan pada minit ke-43 selepas memperdaya penjaga gol Machan FC, Muhammad Aqiel Danish Mohd Nasir.

Memasuki babak kedua, tuan rumah semakin agresif menerusi ketua pasukan Nasir Basharuddin mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-53, diikuti jaringan Nizaruddin Jazi pada minit ke-64.

Machan FC berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan kedua Haziq Shah Putra pada minit ke-89, namun Nizaruddin memastikan kemenangan bergaya Melaka FC dengan gol pada minit ke-90 sebelum wisel penamat dibunyikan.

Selaku juara Melaka FC membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Lebih manis juga apabila gelaran penjaring terbanyak  dirangkul penyerang mereka Abdul Azim Rahim dengan 22 gol untuk mengekalkan rekod yang dimiliki musim lalu.

Amateur Football League

Majlis Penyerahan Piala dan Pingat Juara MBSB Bank Championship 2024-2025 telah disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Melaka,Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Majlis FIFA, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Haji Bin Mohd Amin, Presiden FAM yang baharu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang juga merupakan Pengerusi Amateur Football League (AFL).

Hadir sama SUK Negeri Melaka, Dato’ Azhar Hj Arshad, Presiden Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Bin Haji Rahman dan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 serta para penaja AFL.

Tahniah buat Melaka FC !!!!

Amateur Football League
Tagged

Players in this story

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.