PreviewBy Amateur Football League

Mighty Tigers congak peluang berdepan AFFC

Hanya menang tipis 1-0 ke atas Kuala Kangsar BRM FC minggu lalu, Imigresen FC kini menyusun strategi untuk memastikan lebih banyak jaringan terhasil menjelang pertemuan menentang Armed Forces (AFFC).

ShareFollow AFL

HANYA menang tipis 1-0 ke atas Kuala Kangsar BRM FC minggu lalu, Imigresen FC kini menyusun strategi untuk memastikan lebih banyak jaringan terhasil menjelang pertemuan menentang Armed Forces (AFFC).

Pengendalinya, Mat Zan Mat Aris berkata, berdepan lawan yang mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Perlis United FC minggu lalu bukanlah mudah.

“Apa yang kami tahu lawan (AFFC) memiliki kelebihan dari segi kecergasan (stamina) kerana pasukan dibarisi anggota tentera.

“Berdepan mereka pastinya pemain perlu memberikan lebih 100 peratus aksi kerana kami mahukan tiga mata penuh untuk meneruskan rentak kemenangan.

“Pemain telah diingatkan dengan tugas masing-masing dan kami harapkan segala perancangan berjalan lancar,” katanya kepada AFL.

Pada aksi pertama di padang Astaka, Sitiawan Perak, Sabtu lalu, The Mighty Tigers terpaksa menunggu sehingga ke masa tambahan separuh masa kedua untuk menjaringkan gol menerusi  Azim Rahim.

Mengulas ketumpulan jentera serangannya, Mat Zan menjelaskan perkara ini akan diatasi menjelang aksi kedua berdepan AFFC.

“Sebenarnya bahagian tengah kita kurang berfungsi sebelum ini menyebabkan bola tidak sampai dibahagian serangan, tetapi untuk aksi petang ini kita akan berusaha untuk memburu kejayaan,” katanya.

 

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.