InterviewBy Amateur Football League

PENARIKAN DIRI KUALA KANGSAR BRM FC DARI SAINGAN MBSB BANK CHAMPIONSHIP 2023

Kuala Kangsar Brm FC sah menarik diri dalam selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan MBSB Bank Championship 2023.

ShareFollow AFL
Amateur Football League

KUALA KANGSAR BRM FC sah menarik diri dalam selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan MBSB Bank Championship 2023.

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara ini selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.

“Kuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan MBSB Bank Championship menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.”

“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka”

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” katanya.

Tambah Datuk Wira Mohd Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, perjalanan MBSB Bank Championship 2023 akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan keatas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya.

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.