InterviewBy Amateur Football League

Tirai saingan Liga A2 Amateur Al-Ikhsan Cup 2024 bermula 19 Julai 2024

Saingan Liga A2 Amateur Al-Ikhsan Cup 2024 yang lebih kompetitif dan berkualiti bakal memulakan tirai saingan pada 19 Julai 2024 dengan penyertaan 16 pasukan bagi memburu gelaran kejuaraan.

ShareFollow AFL
Amateur Football League

SAINGAN Liga A2 Amateur Al-Ikhsan Cup 2024 yang lebih kompetitif dan berkualiti bakal memulakan tirai saingan pada 19 Julai 2024 dengan penyertaan 16 pasukan bagi memburu gelaran kejuaraan.

Kejohanan yang dibahagian kepada tiga zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah / Selatan dan Zon Pantai Timur dijangka tamat penghujung Disember 2024.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan beraksi dalam saingan Liga A2 Amateur Al-Ikhsan Cup 2024.

“Pasukan tersebut adalah Guar Syed Alwi FC, Pencintasetia FC, Kuala Muda FA, KGKU FC, NBK Empire FC, Gombak City FC, SJ Virtuosos FC, SAMB FC, Real Mambau FC, BR United dan Semantan Troopers FC.

“Empat pasukan sedia ada yang akan terus bersaing adalah JAKIM FC, MPPD FC, MAHSA United FC dan WTS FC manakala satu pasukan yang direlegasi dari MBSB Bank Championship 2023 iaitu Naga Ultimate KS FC yang kini dikenali sebagai AAK Ultimate FC,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, penyertaan pasukan-pasukan dari Zon Borneo dibubarkan sementara disebabkan jumlah pasukan yang tidak mencukupi untuk pertandingan dimainkan.

“Selain itu, pertembungan dengan kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 serta kekangan stadium (venue) antara faktor utama Zon Borneo ditangguhkan seketika. Namun begitu pada musim ini Liga A2 bakal menyaksikan penambahan Zon baharu (Utara) untuk merancakkan lagi saingan.

Beliau turut memaklumkan  kedudukan pasukan dalam Zon masing-masing hanya akan diumumkan semasa taklimat yang akan diadakan pada 6 Julai 2024.

Pada kejohanan Al-Ikhsan Cup 2023 musim lalu, gelaran kejuaraan menjadi milik UiTM United selepas menewaskan YPM FC, 2-1 pada aksi final yang dijalankan di Stadium UiTM, Shah Alam.

News

More stories

All news

JDT set on ending Kelantan City FC's unbeaten record

Johor Darul Ta’zim II are determined to end Kelantan City FC's unbeaten record on their own ground ahead of the clash at Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu tonight.

No need to fear JDT II

Kelantan City FC's top scorer, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, has sounded a warning and voiced his confidence about chasing the full three points against Johor Darul Ta’zim II this Friday.

Azraf refuses to come away empty-handed at home

Kelantan City FC mainstay Ahmad Azraf is refusing to stand by and see the unbeaten record ended when they meet Johor Darul Ta’zim II (JDT II) at Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, this Friday.