AFL

 

PENGENDALI Harini Selangor FT, P Maniam mahu memastikan rekod tanpa kalah Kuala Lumpur Rovers lebur apabila kedua-dua pasukan berdepan pada aksi di Stadium UPM, Serdang petang ini.

Berdepan anak didik Wan Mustafa Wan Ismail yang kini menerajui saingan MBSB Bank Championship dengan kelebihan tiga mata namun kurang satu perlawanan, P Maniam mengakui bukan tugas mudah.

“Kalau kita tengok dalam saingan MBSB Bank Championship, rata-rata enam hingga tujuh pasukan kekuatan adalah sama. Kita boleh tengok KL Rovers, memiliki keyakinan tinggi, berkualiti.

“Jika kami mahu menang pada pertembungan petang ini pasukan perlu bekerja keras,” ujarnya kepada AFL.

Tambahnya lagi, kekuatan lawan yang memiliki beberapa pemain berpengalaman disetiap posisi juga perlu diberikan perhatian.

“Kami perlu beraksi mengikut corak permainan tersendiri dan mengikut perancangan, mustahak untuk mencipta Gerakan gol dan penyudah,” tegasnya.

Pertembungan KL Rovers menentang Harini Selangor FT minggu ini dianggap antara perlawanan tumpuan memandangkan mereka kini merupakan dua pasukan teratas liga.

Aura jurulatih turut memainkan peranan selain beberapa pemain berpengalaman serta pemain muda yang dilihat permata buat kedua-dua pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *