

LIGA Bolasepak Amatur (AFL) hari ini mengumumkan jadual Liga A1 Semi – Pro 2025/2026 yang akan memulakan tirai kejohanan bermula 2 Ogos 2025 dan dijangka tamat pada 23 Mei 2026.
Saingan Liga A1 Semi – Pro akan berlangsung dalam tempoh 30 minggu melibatkan 240 perlawanan yang bakal dilangsungkan di lapan gelanggang (venue) pada setiap minggu.
Penyusunan jadual ini telah mengambil kira tarikh-tarikh perlawanan membabitkan persiapan kem latihan pusat skuad kebangsaan Bawah 23 tahun, Kelayakkan AFC Bawah 23 Piala Asia 2026, Sukan SEA Thailand 2025 dan Piala FA 2025.
Sebarang perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada pihak AFL.
Sebanyak 16 pasukan yang telah berjaya menyertai saingan adalah Armed Forces FC, Manjung City FC, Imigresen FC II, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kelantan WTS FC dan Kedah FA.
Turut menyahut cabaran adalah Machan FC, Kelantan Red Warriors FC, Bunga Raya FC, Malaysian University, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi (GSA FC), Seoul Phoenix FC(Korea Selatan) dan UM-Damansara United
Muat turun jadual Liga A1 Semi Pro 2025/2026 dalam bentuk PDF di bawah:-
(RASMI – JADUAL-PERTANDINGAN-LIGA-A1-SEMI-PRO-2025-2026.pdf