AFL

JUARA Liga M3 2022 yang kini dikenali MBSB Bank Championship (MBC) PIB Shah Alam FC bakal tampil dengan lebih bertenaga, dinamik dan berwajah baharu pada saingan MBC 2024/25 untuk menjulang kejuaraan.

Serba tidak menjadi diawal saingan musim lalu, skuad yang dibimbing Yusrizal Yusoff kali ini pastinya berbeza dengan khidmat pemain muda serta berpengalaman yang menjadi taruhan.

Bagi Yusrizal, tumpuan kini pastinya musim kedua MBC yang dijadualkan bermula awal Mei nanti dimana pasukan kini sedang mempersiapkan skuad yang lebih bertenaga dan mampu mencabar kejuaraan.

“Kita lupakan perkara yang lepas, tumpuan adalah tahun ini dengan beberapa muka baharu dijangka memperkuatkan pasukan terutamanya dibahagian serangan yang kita lihat musim lalu kurang berkesan.

“Masih ada beberapa bulan lagi untuk kita mempersiapkan pasukan dan secara jujurnya saya katakan PIB Shah Alam FC akan tampil dengan wajah baharu,” katanya kepada AFL.

Dalam perkembangan sama, Yusrizal memaklumkan pengurusan telah meletakkan sasaran untuk memperbaiki kedudukan ke tempat yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Ini memang menjadi keutamaan saya selaku pengendali dan saya juga harapkan pemain-pemain akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan sasaran pihak pengurusan.

“Kita turun selaku juara bertahan musim lalu, sebagaimana yang diketahui setiap pasukan yang berdepan dengan kita akan beraksi sebaik baik untuk meraih mata dan ini yang terpaksa kami hadapi,” katanya.

Yusrizal kini sedang giat mempersiapkan pasukan bagi megharungi saingan MBC 2024/25 yang pastinya mencabar.

Musim lalu boleh dikatakan serba tidak menjadi buat pasukan yang berpengakalan di Shah Alam itu apabila mempamerkan aksi tidak konsisten pada pusingan pertama hingga menyebabkan terperosok dikedudukan lima terbawah liga.

Memasuki pusingan kedua, PIB Shah Alam mula bangkit sedikit demi sedikit dan akhirnya menamatkan saingan dikedudukan kesembilan liga MBC 2023.

Pencapaian PIB Shah Alam FC musim 2023

Nama pasukan : PIB Shah Alam

Venue: Stadium USIM, Nilai

Rekod MBSB Bank Championship 2023

– Menang : 9

– Seri : 4

– Kalah : 11

– Jaringan : 32 gol

– Bolos : 31 gol

– Mata keseluruhan : 31 mata

– Penjaring terbanyak : Jasmir Mehat (7 gol)

– Pemain paling menyerlah :  Jasmir Mehat, Saiful Hasnol

– Pemain muda menyerlah : Aniq Arami Ismail (23 tahun)

– Pencapaian : Tempat kesembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *