AFL
Dr Pekan mahu barisan pemain memberikan komitmen terbaik memastikan kecemerlangan MUFT. (Foto : MUFT)

DIANGGAP sekadar pelengkap saingan dan lubuk mata buat pasukan lain dalam MBSB Bank Championship (MBC) musim lalu, Malaysian University membuktikan sebaliknya dengan aksi konsisten sepanjang perlawanan untuk berada dipertengahan liga.

Menewaskan bebeberapa pasukan serta memberikan saingan sengit kepada lawan yang dianggap pilihan kejuaraan, aksi luar biasa ditampilkan barisan pemain-pemain muda yang pada masa sama turut menggalas tanggungjawab selaku mahasiswa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA), Dato’ Dr Pekan Ramli memaklumkan penampilan mereka dalam saingan MBC 2024/25 lebih drastik dari tahun sebelumnya dengan kelompok empat terbaik menjadi sasaran.

“Memang kita akui penyertaan MUFT adalah lebih memberi pendedahan serta pengalaman kepada barisan pemain-pemain muda yang terdiri dari siswazah untuk mereka mempamerkan kualiti yang dimiliki.

“Namun kami juga meletakkan sasaran empat terbaik berdasarkan rekod perlawanan musim lalu dengan beberapa peningkatan dipamerkan setiap kali menentang lawan.

“Saya percaya barisan pemain yang diamanahkan menggalas cabaran menyarung jersi MUFT akan memberikan komitmen sebaik mungkin,” katanya kepada AFL.

Khidmat Ridzuan terus ditagih untuk membimbing MUFT dalam saingan musim ini.

MUFT boleh dianggap kelompok pasukan awal yang telah mempersiapkan pasukan setelah menandatangani 25 pemain terdiri barisan pemain senior sedia ada serta muka-muka baharu yang sebelum ini beraksi bersama pasukan negeri masing-masing.

“Alhamdulillah, MUFT juga mengekalkan khidmat ketua jurulatih sedia ada iaitu, Ridzuan Abu Shah untuk terus membimbing pasukan dalam saingan MBC 2024/25.

“Sebelum ini pemilihan pemain telah diadakan pada awal tahun untuk kami membentuk pasukan yang lebih bertenaga dan berkualiti untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain.

“Latihan telah diadakan pada setiap hari pada waktu malam pada bulan Ramadan untuk memastikan pasukan bersedia menjelang saingan MBC 2024/25 yang dijangka bermula awal Mei nanti,” katanya.

 

Barisan pemain dan pengurusan yang akan menggalas cabaran memastikan sasaran empat terbaik menjadi kenyataan.

Pencapaian MUFT musim 2023

Nama pasukan : Malaysian University

Venue: Stadium UKM, Bangi.

Rekod MBSB Bank Championship 2023

– Menang :11

– Seri : 3

– Kalah : 10

– Jaringan : 43 gol

– Bolos : 28 gol

– Mata keseluruhan : 36 mata

– Penjaring terbanyak : Saiful Iskandar Adha (6 gol)

– Pemain paling menyerlah :  Alief Najmi, Wan Muhd Aqil Hakimi

– Pemain muda menyerlah : Arif Danial Zawawi (21 tahun)

– Pencapaian : Tempat keenam

March 21, 2024
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *