LigaOleh Amateur Football League

21 pasukan buru kejuaraan Liga A2 Amateur 2025

Saingan Liga A2 Amateur 2025 yang lebih kompetitif dan berkualiti bakal memulakan tirai saingan pada 12 September 2025 dengan penyertaan 21 pasukan bagi memburu gelaran kejuaraan.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League
Amateur Football League

SAINGAN Liga A2 Amateur 2025 yang lebih kompetitif dan berkualiti bakal memulakan tirai saingan pada 12 September 2025 dengan penyertaan 21 pasukan bagi memburu gelaran kejuaraan.

Kejohanan yang dibahagian kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur kini telah menunjukkan peningkatan penyertaan berbanding musim lalu iaitu 16 pasukan sahaja dan jangka tamat pada Januari 2026.

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan beraksi dalam saingan Liga A2 Amateur 2025.

“Sembilan pasukan baharu yang merupakan juara dan naib juara Liga A3 Community 2024 telah dinaikan pangkat untuk bersaing memburu kejuaraan.

“Pasukan tersebut ialah Bintong FC, Kuala Perlis Titans FC, MOF-SMFC, MBMB Warriors dan PUSEN Hornet, NS Forces Warriors FC, Teck Hin-KR FC, AZM Rovers FC dan Raub FC.

“Tiga pasukan sedia ada yang terus bersaing adalah Kuala Muda FA, AAK Ultimate FC serta KGKU FC.

“USM FC, Kubang Pasu FA, KL Rangers FC dan ACEIO FC pula tampil selaku pasukan jemputan manakala tiga pasukan iaitu UiTM United, YPM FC dan KL Rovers memohon beraksi di Liga A2 Amateur musim ini,” katanya.

Pada kejohanan Al-Ikhsan Cup 2024 musim lalu, gelaran kejuaraan menjadi milik Guar Syed Alwi FC (GSA FC) selepas menewaskan Kelantan WTS dengan penentuan sepakan penalti (4-2) setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi final yang dijalankan di Stadium UiTM, Shah Alam.

#afl

#ligaa2amateur

#ligauntuksemua

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.