LigaOleh Amateur Football League

AFL berhasrat membentuk Liga Divisyen 2 yang berkualiti

Musim baharu bagi Liga Bola Sepak di Peringkat Semi-Pro dan Amatur bakal membuka tirainya kembali tidak lama lagi dan AFL kini di dalam proses mengesahkan penyertaan pasukan terutamanya di Liga A1 Semi-Pro yang dijadualkan bermula pertengahan Julai nanti.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League

 

Amateur Football League

MUSIM baharu bagi Liga Bola Sepak di Peringkat Semi-Pro dan Amatur bakal membuka tirainya kembali tidak lama lagi dan AFL kini di dalam proses mengesahkan penyertaan pasukan terutamanya di Liga A1 Semi-Pro yang dijadualkan bermula pertengahan Julai nanti.

Setakat ini AFL memberi keutamaan kepada Pasukan-pasukan Liga A1 sedia ada serta yang layak dari Liga A2 musim lepas. Walau bagaimanapun, daripada senarai tersebut, beberapa Pasukan juga dilihat ‘tidak sihat’ apabila dikaitkan dengan isu tunggakan gaji.

AFL turut mengambil pendekatan untuk mengambil kira permohonan pasukan-pasukan baharu yang dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil khususnya Pasukan-pasukan yang telah berada di di dalam piramid Liga Malaysia musim terdahulu (Piala MFL, Liga A2 & Liga A3).

Ada juga permohonan baharu dari pasukan luar daripada linkungan tersebut yang dilihat mampu memenuhi kriteria ditetapkan yang turut dipertimbangkan.

Pengerusi Amateur Football League, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, AFL berhasrat membentuk Liga Divisyen 2 yang berkualiti dalam mengisi kekosongan setelah Liga Premier dan Piala MFL tidak lagi dianjurkan.

“Buat masa ini kita mahu mengenal pasti terlebih dahulu Pasukan-pasukan yang mampu memenuhi kriteria serta keperluan untuk berada di dalam kelompok tersebut. Sasaran AFL adalah untuk mendapatkan 14 Pasukan terbaik yang dilihat berpotensi dan bersedia untuk dinaikkan ke Liga Super Musim 2026-2027”, katanya selepas merasmikan taklimat persediaan pasukan AFL musim 2025-2026 di Wisma FAM, Petaling Jaya.

Amateur Football League

Dalam pada masa yang sama AFL juga berasa teruja dan tidak menyangka apabila ada Pasukan Semi-Pro/Amatur dari luar negara yang berminat untuk menyertai Liga anjuran AFL.

“Saya tak nafikan bahawa kita ada menerima permohonan daripada pasukan amatur dari luar negara. Salah satunya daripada Korea Selatan. Kita sedang meneliti dan menilai perkara ini dan jika mereka disahkan bermain dengan liga kita, mereka perlu berpengkalan di Malaysia”

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.