LigaOleh Amateur Football League

AFL dan Sportizza jalin kerjasama strategik

Amateur Football League (AFL) memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama pusat sukan rekreasi terkemuka dan serba moden, Sportizza Sdn Bhd dalam usaha merancakkan saingan liga bola sepak bola sepak khususnya di peringkat semi-pro dan amatur.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League
vvvv

Danny (kiri) dan Mohd Raimi Fakri menandatangani perjanjian kerjasama strategik yang pastinya akan merancakkan saingan liga bola sepak tempatan.

AMATEUR Football League (AFL) memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama pusat sukan rekreasi terkemuka dan serba moden, Sportizza Sdn Bhd dalam usaha merancakkan saingan liga bola sepak bola sepak khususnya di peringkat semi-pro dan amatur.

Selain bekerjasama dalam mempertingkatkan lagi mutu bola sepak khususnya di peringkat semi-pro dan amatur, Kompleks Sukan Sportizza di Shah Alam bakal bergelar ‘Home of AFL‘.

Sebagai Rakan Strategik, AFL dan pasukan-pasukan akan diberi keistimewaan bagi penggunaan sebarang kemudahan yang disediakan di sana.

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani oleh Pengurus Besar Sportizza Sdn Bhd, Danny Danial dan Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad sambil disaksikan Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah AFL, Chiew Chun Yong dan Anwar Mamtaj.
#afl
#ligaa1semipro
#ligauntuksemua

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.