LigaOleh Amateur Football League

GSA FC rangkul kejuaraan Liga A2 Al Ikhsan Cup 2024

Guar Syed Alwi (GSA FC) dari Perlis muncul juara Liga A2 Piala Al-Ikhsan 2024 selepas berjaya menundukkan pasukan pilihan, Kelantan WTS FC dengan keputusan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League
Amateur Football League

GUAR Syed Alwi (GSA FC) dari Perlis muncul juara Liga A2 Piala Al-Ikhsan 2024 selepas berjaya menundukkan pasukan pilihan, Kelantan WTS FC dengan keputusan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Terdahulu, tiada apa yang memisahkan kedua-dua pasukan bimbingan Mohd. Firdaus Abdul Rahman dan Che Saupi Ibrahim masing-masing selepas beraksi selama 120 minit permainan di Stadium UiTM, Shah Alam sambil disaksikan seramai 1,117 penonton yang hadir.

Pada babak pertama, WTS FC yang dibarisi dengan beberapa bekas pemain Liga Super terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fakhrul Zaman (18’) sebelum GSA FC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disudahkan dengan cemerlang oleh Faizal Kadir (32’).

Kedua-dua pasukan menamatkan babak pertama dan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan yang seimbang 1-1.

Kelantan WTS FC

Kelantan WTS FC

Memasuki babak kedua, WTS FC sekali lagi berjaya mendahului permainan apabila kesilapan pemain gantian GSA FC, Arif Nadzman memasukkan bola ke dalam gawang sendiri (73’).

Namun impian Kelantan WTS FC menamatkan perlawanan dengan 90 minit perlawanan tidak kesampaian apabila GSA FC berhasil menafikan jaringan terbabit di penghujung waktu permainan sebenar menerusi rembatan daripada Muhaimin Shahab (89’) sekaligus mengikat WTS FC dengan kedudukan 2-2.

Selaku juara, penganjur iaitu Amateur Football League (AFL) menghadiahkan GSA FC dengan ganjaran bernilai RM50,000 selain membawa pulang trofi kejuaraan sementara naib juara, Kelantan WTS FC pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.

Pemain terbaik perlawanan milik pemain pertahanan Kelantan WTS FC, Ab Aziz Ismail.

Pemain terbaik perlawanan milik pemain pertahanan Kelantan WTS FC, Ab Aziz Ismail.

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.