Temu bualOleh Amateur Football League

Kemenangan mampu rapatkan jurang mata

Ketua Jurulatih JAKIM FC, Mohd Nik menegaskan pasukannya perlu meraih kemenangan berdepan MAHSA City FC untuk memastikan jurang perbezaan mata dengan pasukan lain tidak terlalu jauh.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League

Mohd mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh untuk memastikan keputusan positif diraih.

KETUA Jurulatih JAKIM FC, Mohd Nik menegaskan pasukannya perlu meraih kemenangan berdepan MAHSA City FC untuk memastikan jurang perbezaan mata dengan pasukan lain tidak terlalu jauh.

Hanya mengutip satu mata selepas dua perlawanan, JAKIM FC yang menanti kunjungan lawan, Sabtu ini perlu mengutip tiga mata seandainya ingin terus bersaing dengan pasukan lain yang berada dalam Zon 1.

“Kami tidak boleh tewas pada aksi ketiga menentang MAHSA City FC, petang esok, jika kita menang jurang perbezaan dengan pasukan diatas akan mengecil tetapi sebaliknya berlaku jika tewas.

“Saya melihat peluang kedua pasukan adalah sama rata dan pemain telah diingatkan untuk memberikan tumpuan penuh sehingga tamat perlawanan,” katanya pada AFL.

Tambahnya lagi, pasukan telah mengenalpasti kelemahan dalam dua perlawanan terdahulu dan situasi ini akan diperbaiki sebelum aksi menentang MAHSA City FC petang, esok.

“Sedikit kealpaan atau pun kurang fokus dipenghujung perlawanan menyebabkan lawan berjaya menjaringkan gol hingga kita tercicir mata.

“Saya telah tekankan agar pemain tidak mengulangi perkara yang sama jika ingin meraih kemenangan pertama,” katanya.

Selepas dua perlawanan, JAKIM FC hanya meraih satu mata dengan keputusan seri 1-1 berdepan MPPD FC serta tewas 1-2 kepada Bunga Raya FC manakala MAHSA City FC dengan tiga mata hasil kemenangan keatas Cyberfox FC (3-2) dan kekalahan 1-2 (MPPD FC).

Ketika ini, Bunga Raya FC memimpin rekod tanpa kalah manakala Republic Of Borneo yang turut berada dalam Zon 1 ditangga tercorot tanpa sebarang mata.

Amateur Football League

Kedudukan terkini pasukan mengikut Zon masing-masing dalam saingan Al Ikhsan Cup 2023.

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.