Temu bualOleh Amateur Football League

Liga M3 bukan pengakhiran buat pemain

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Hafiz Kamal menyifatkan Liga M3 bukanlah pengakhiran buat seseorang pemain bola sepak malah saingan yang kini bertaraf semi profesional dianggap lebih kompetitif serta berkualiti.

KongsiIkuti AFL

BEKAS pemain tengah skuad kebangsaan, Hafiz Kamal menyifatkan Liga M3 bukanlah pengakhiran buat seseorang pemain bola sepak malah saingan yang kini bertaraf semi profesional dianggap lebih kompetitif serta berkualiti.

Baginya, ketiadaan saingan Liga Perdana musim ini juga meletakkan Liga M3 antara kejohanan yang berprestij terutamanya bagi pemain yang tidak mendapat tempat dalam saingan Liga Super.

“Bagi saya Liga M3 ini bukanlah satu pengakhiran, membuka peluang pada mana-mana pemain yang tiada pasukan.

“Tahun ini saya lihat serta rasakan Liga M3 berkualiti dan rancak memandangkan ramai bekas-bekas pemain kebangsaan mahupun Liga Super menyertai pasukan Liga M3.

“Aksi Liga M3 lebih laju kerana ramai pemain muda yang berpotensi dan menjadi tempat mereka untuk mempamerkan bakat, jadi tidak timbul isu Liga M3 tiada kualiti,” tegasnya kepada AFL.

Amateur Football League

Hafiz diturunkan selaku kesebelasan utama dalam saingan Piala FA 2023 menentang Kuala Kangsar BRM FC, Sabtu lalu.

Hafiz memulakan karier bola sepak bersama Shahzan Muda dalam saingan Piala Presiden (2008-2009) sebelum dinaikkan pangkat menyertai skuad senior setahun kemudian dan meledak enam gol hasil 32 penampilan.

Pahang FA menjadi destinasi pertama Hafiz bersama pasukan negeri mulai 2012 hingga 2015 dimana ketika ini juga dia dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya (2014).

Hafiz tidak asing lagi dalam kancah bola sepak tempatan selepas menempah kegemilangan bersama Pahang dan Selangor sebelum pulang ke pasukan negeri asalnya, Perak pada musim 2017 sebelum bersama PKNP FC dua tahun kemudian.

Pentas Liga M3 nyata memberikan peluang buat dirinya untuk kembali beraksi dengan menyertai Kuala Lumpur Rovers FC pada 2020 sebelum menyertai pasukan MNY FC Ipoh (2021).

Hafiz seterusnya bersama Harini Selangor FT (2022) dan untuk saingan Liga M3 musim ini dia menyertai Imigresen FC.

Selain Hafiz beberapa pemain berpengalaman antaranya, Ahmad Syahmim Yahya, Mohd Nasriq Bahrom, Ferris Danial Mat Nasir dan Mohamad Ashmawi Md Yakin turut memperkuatkan The Mighty Tigers musim ini.

Imigresen FC kini berada dikedudukan keempat Liga M3 manakala dalam saingan Piala FA pula bakal menentang Kuala Lumpur City FC pada pusingan kedua selepas membenam cabaran Kuala Kangsar BRM FC pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, Sabtu lalu.

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.