PratontonOleh Amateur Football League

Manfaat aksi dilaman sendiri

Ketua jurulatih Kuala Perlis Titans FC, Faizal Abu Bakar mahu anak didiknya memanfaat peluang beraksi dilaman sendiri untuk meraih kemenangan pada pertembungan menentang AZM Rovers FC di peringkat separuh akhir kedua Liga A2 Amateur 2025/2026.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League
Amateur Football League

 

KETUA jurulatih Kuala Perlis Titans FC, Faizal Abu Bakar mahu anak didiknya memanfaat peluang beraksi dilaman sendiri untuk meraih kemenangan pada pertembungan menentang AZM Rovers FC di peringkat separuh akhir kedua Liga A2 Amateur 2025/2026.

Berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada aksi di Padang Majlis Daerah Machang, minggu lalu, Faizal mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh serta komitmen sehingga tamat perlawanan.

Tegasnya, bermain dilaman sendiri menjadi kelebihan buat pasukan dengan kehadiran pemain ke -12 yang merupakan tulang belakang pasukan dalam saingan kali ini.

“Sudah tentu ia akan menyemarakkan semangat juang barisan pemain untuk mencapai kemenangan dan seterusnya layak ke pentas final Liga A2.

“Ayuh buat semua penyokong Kuala Perlis Titans FC hadir ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan,” ujarnya.

Amateur Football League

 

Sementara itu, Pengurus pasukan Kuala Perlis Titans FC, Wan Khairul Faiz pula menegaskan kemaraan pasukan dipentas separuh akhir bukanlah bergantung kepada nasib.

“Kamu bukan sampai ke tahap ini kerana nasib tetapi kerana keberanian dan semangat berpasukan yang ditonjolkan pada awal saingan sehinggalah kini,” katanya.

Jadual perlawanan Separuh Akhir Kedua

> 10 Januari 2026 (Sabtu)

Kuala Perlis Titans FC vs AZM Rovers FC

Stadium UNIMAP, Pauh / 4.15 petang

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.