KelabOleh Amateur Football League

PIB Shah Alam FC mula rasai tekanan

Kelab Bola Sepak Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC mula merasai tekanan mempertahankan kejuaraan Liga M3 selepas hanya menguti satu mata dari dua perlawanan.

KongsiIkuti AFL

KELAB Bola Sepak Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC mula merasai tekanan mempertahankan kejuaraan Liga M3 selepas hanya menguti satu mata dari dua perlawanan.

Seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC minggu lalu, anak didik Yusrizal Yusoff dikejutkan dengan kekalahan 0-1 ditangan Sains FC pada aksi di Stadium USIM, Nilai, Sabtu.

Bagi Yusrizal, setiap pasukan berdepan PIB Shah Alam FC akan turun dengan penuh semangat tinggi untuk mengatasi penyandang juara.

“Sama juga macam pasukan yang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), itulah yang kami rasakan dan perkara seumpama ini tidak boleh dipandang remeh, mungkin ada sedikit kesilapan dan kami perlu terima hakikat.

“Tekanan itu memang dirasai tidak boleh dinafikan namun saya percaya pasukan akan bangkit pada perlawanan akan datang, baru dua perlawanan,” katanya kepada AFL.

Mengulas aksi kekalahan tipis pasukannya itu, Yusrizal menyifatkan bola sepak ini adalah kejam dan menerima kekalahan.

“Kami memiliki beberapa peluang menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan dengan jaringan, nasib tidak menyebelahi kami.

“Bola sepak ini kejam, kami serang bertali arus, lawan yang hanya memiliki satu peluang menterjemahkannya dengan jaringan,” tegasnya.

Cabaran getir terus menanti PIB Shah Alam FC untuk aksi seterusnya apabila menanti kunjungan Harini Selangor FT di Stadium USIM, Nilai, 18 Mac nanti.

 

 

 

Berita

Berita lain

Semua berita

JDT tekad lebur rekod tanpa kalah Kelantan City FC

Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Usah gentar berdepan JDT II

Penjaring terbanyak Kelantan City FC, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali melaungkan amaran dan keyakinan untuk memburu tiga mata penuh berdepan Johor Darul Ta’zim II, Jumaat ini.

Azraf enggan berputih mata dilaman sendiri

Tonggak utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.