AFL
Khyril Muhymeen meledak gol dipenghujung perlawanan memastikan pasukan meraih satu mata.

BEKAS pemain kebangsaan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri tidak melihat dirinya umpama ‘Hero’ buat Harini Selangor FT selepas jaringannya pada minit kecederaan separuh masa kedua memastikan satu mata berharga buat pasukan.

Menyifatkan sumbangannya itu hanyalah peranan kecil, Khyril Muhymeen yang masuk sebagai pemain gentian pada minit ke-65 membuktikan impaknya apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma menarik.

“Peranan saya dalam pasukan adalah kecil berbanding rakan sepasukan yang berkerja keras dari awal perlawanan, saya hanya tolong pada separuh masa kedua dengan pengalaman dimiliki,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata sebelum KL Rovers memanfaatkan kesilapan untuk meletakkan mereka dihadapan.

“Gol yang dimiliki tuan rumah berpunca kesilapan pemain kita sendiri, positifnya pemain bangkit memberikan tekanan kepada lawan untuk memburu gol.

“Berdepan KL Rovers kami beri saingan kerana kita tahu lawan belum pernah tewas, kami juga perlu menang untuk terus berada dikelompok teratas, perlawanan ini umpama aksi final buat kedua-dua pasukan,” tegasnya.

Pada aksi di Stadium UPM, Serdang, Ahad lalu, KL Rovers yang beraksi selaku tuan rumah terlebih dahulu didepan hasil jaringan Muhammad Fahmi Mohd Sabri selang tiga minit babak kedua.

Usaha berterusan pelawat memburu gol penyamaan menjelma menerusi sepakan percuma yang diambil Khyril Muhymeen yang menewaskan penjaga gawang KL Rovers, Ameerul Eqwan Mohd Fauzi.

Selepas saingan minggu kesembilan, KL Rovers yang dibimbing Wan Mustapa Wan Ismail yang kekurangan satu perlawanan masih kekal rekod tanpa kalah dan menerajui MBSB Bank Championship dengan 22 mata selepas meraih merekodkan tujuh kemenangan dan satu seri.

Bagi Harini Selangor FT pula yang telah menamatkan sembilan perlawanan, keputusan seri 1-1 yang diraih menyaksikan mereka mengekori rapat KL Rovers dengan pungutan 20 mata hasil enam kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *