AFL

KELAB Bola Sepak Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC sudah memiliki strategi tersendiri bagi memerangkap Sains FC pada aksi kedua saingan Liga M3 di Stadium USIM, Nilai petang esok.

Sekadar seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC minggu lalu, PIB Shah Alam FC tampil lebih bersemangat untuk memastikan tiga mata penuh dilaman sendiri.

Ketua jurulatih PIB Shah Alam FC,  Yusrizal Yusoff berkata, kajian corak permainan Sains FC  yang menang menentang Melaka FC telah dibuat sebagai persediaan untuk aksi kedua.

“Bukan calang-calang berdepan dengan Sains FC, kita dah buat analisis dan PIB Shah Alam FC sudah ada strategi untuk memastikan tiga mata penuh,” katanya kepada AFL.

Bagi pengendali Sains FC, Hamizar Hamzah pula sudah pastinya rentak kemenangan ingin diteruskan pada aksi berdepan juara musim lalu itu.

“Kami akan bermain seperti biasa, menyedari mereka mempunyai beberapa pemain baharu yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan musim ini.

“Setiap individu dalam pasukan lawan kita telah kaji, barisan pemain saya juga telah diingatkan agar sentiasa fokus sepanjang perlawanan.

“Memang kami mahukan tiga mata penuh untuk meneruskan rentak kemenangan atau sekurang-kurangnya pulang dengan membawa mata, tiada istilah kalah pada aksi ini,” jelasnya.

Pada aksi pertama minggu lalu, Sains FC meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Melaka FC, 3-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala PIB Shah Alam FC berjaya membawa pulang satu mata berharga setelah seri tanpa jaringan menentang Manjung City FC, di Stadium Manjung, Perak.

 

 

 

 

 

SAINS FC

March 10, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *