AFL

PENGENDALI Harini Selangor FT, P Maniam percaya Melaka FC akan tampil umpama Harimau terluka untuk meraih kemenangan pada pertembungan saingan Liga M3 di Stadium UPM, Serdang ,malam ini.

Pandangan ini disuarakan Maniam selepas Melaka FC  tewas pada aksi pertama dilaman sendiri ditangan Sains FC dan sudah pasti mereka akan bangkit dengan lebih baik.

“Mereka telah tewas pertama, pastinya mereka akan bangkit dengan persembahan 200 peratus untuk meraih tiga mata penuh berdepan kita (Harini Selangor FT).

“Bukan senang kita nak berdepan dengan Melaka FC memandangan mereka mempunyai Guilhelme De Paula  dan beberapa pemain berpengalaman,” katanya kepada AFL.

Tambahnya lagi, barisan pemain telah memahami tugas masing-masing selepas pasukan kehilangan beberapa tonggak utama.

“Saya percaya dengan pemain simpanan yang akan diturunkan beraksi mengisi kekosongan malam ini, inilah peluang terbaik mereka untuk membuktikan kemampuan, memandangkan saingan Liga M3 kali ini kompetitif pemain simpanan kita juga mempunyai kualiti yang setanding,” tegasnya.

Ditanya beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan bagi aksi kedua, P Maniam yang merupakan bekas jurulatih Petaling Jaya City FC menjelaskan akan memberi penekanan jentera serangan.

“Pada aksi menentang Sarawak United FC kami mencipta peluang menjaringkan gol namun sedikit tumpul dan aspek ini akan dipertingkatkan menjelang aksi berdepan Melaka FC, malam ini,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *