AFL

PENYANDANG juara Liga M3 musim lalu, Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC tewas 0-1  ditangan Sains FC pada aksi di Stadium USIM, Nilai, sebentar tadi.

Kekalahan 0-1 ini menyaksikan skuad bimbingan Yusrizal Yusoff hanya mengutip satu mata selepas dua perlawanan setelah hanya mampu seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC, minggu lalu.

Turun beraksi dilaman sendiri, rentak PIB Shah Alam FC pada awal permainan sedikit tenggelam berbanding pelawat yang dilihat lebih agresif memburu gol menerusi bahagian sayap kiri.

Tekanan berterusan diberikan anak didik Hamizar Hamzah akhirnya berhasil menerusi penyudah sempurna Muhammad Fikri Abdul Rahim pada minit ke-27 yang melakukan rembatan menewaskan penjaga gol PIB Shah Alam FC, Izzat Abd Rahim.

Memiliki kelebihan satu gol, Sains FC cuba menambah jaringan namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, rentak berbeza dipamerkan PIB Shah Alam FC yang tampil bersemangat dan agresif memburu gol penyamaan.

Tuan rumah hampir memperolehi gol penyamaan menerusi percubaan Ariusdius Jais namun kekentalan penjaga gawang pelawat, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman menafikan impian tuan rumah.

Walaupun PIB Shah Alam cuba memburu gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Sementara itu dalam beberapa perlawanan lain yang berlangsung petang ini dengan berkesudahan Bukit Tambun menang ke atas Sarawak United FC (2-0 ), MUFT membelasah Naga Ultimate KS FC (10-1) dan Perlis United FC tewas 0-1 kepada KL Rovers FC.

March 11, 2023
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *