AFL

PENGENDALI Gombak FC, Shahrom Kalam menyifatkan saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024 adalah pentas terbaik buat jurulatih muda untuk membuktikan kredebiliti dan tanggungjawab membimbing pasukan.

Mengakui amanah yang digalaskan adalah cabaran baharu berbanding dirinya yang sebelum ini lebih dikenali beraksi diatas padang kini senario itu berbeza apabila dia menjadi individu paling sibuk di tepi padang.

Tegasnya, sebagai orang baharu ia bukan tugas mudah dan menganggap ia adalah perkembangan positif bagi jurulatih muda.

“Jurulatih muda perlukan platform untuk kerjaya baharu yang diceburi, apa yang saya harapkan persiapan pasukan berjalan lancar.

“Alhamdulillah saya dan pasukan kejurulatihan mendapat sokongan dari pengurusan untuk mempersiapkan pasukan dan bersedia mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024 (MBC),” katanya kepada AFL.

Aksi pemain Gombak FC pada perlawanan persahabatan menentang Selangor FC. (Foto : Gombak FC)

Shahrom bukanlah asing dalam bola sepak tempatan memandangkan dia merupakan bekas pemain kebangsaan (2011-2017) dengan 21 penampilan.

Memulakan kerjaya selaku pemain bolasepak profesional pada 2005 bersama Kuala Lumpur, anak muda kelahiran Kuala Lumpur yang beraksi diposisi pertahanan tengah dan kanan ini mengembangkan kariernya bersama Shahzan Muda, Perak, Selangor FC, Felcra, PKNS dan Negeri Sembilan.

Mengulas persiapan pasukan, Shahrom menyifatkan barisan pemainnya berada dalam keadaan terbaik dengan beberapa perlawanan persahabatan telah diatur untuk mencari keserasian dikalangan pemain.

“Kita dalam keadaan baik, boleh dikatakan pasukan kini berada 80 peratus yang dibarisi pemain-pemain baharu yang memiliki pengalaman dari Liga Super dan Piala MFL

“Masih ada ruang untuk kami membawa masuk beberapa pemain dan semua ini berjalan dengan lancar.

“Beberapa siri perlawanan persahabatan juga telah dirancang membabitkan pasukan-pasukan Liga Super untuk menguji kemampuan pasukan sebagai persediaan mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024,” tegasnya.

PRA MUSIM 2024 GOMBAK FC

> 26 April 2024 (Jumaat)

– Gombak FC lwn Negeri Sembilan B23 (Std MPS / 8.30 mlm)

> 28 April 2024 (Ahad)

– Gombak FC lwn Perak B23 (Std Padang Kompleks Mutiara, Penama / 5 ptg)

> 1 Mei 2024 (Rabu)

– Gombak FC lwn Penang FC (Std Bandaraya Pulau Pinang / 5 ptg)

> 11 Mei 2024 (Sabtu)

– Gombak FC lwn Selangor B23 ( Std UiTM, Shah Alam / 5 ptg)

 

 

April 23, 2024
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *