AFL

SELEPAS  kejayaan penganjuran edisi pertama membabitkan 14 pasukan dengan juara milik AS United, Kejohanan SLeague M5 kini kembali lagi dengan saingan yang lebih kompetitif dan berkualiti.

Saingan yang memasuki edisi kedua melibatkan 12 pasukan daripada tiga Daerah / Bahagian Kawasan Selatan Sarawak (Lundu, Kuching dan Serian) bakal berentap memburu kejayaaan bermula 19 Mac 2023.

Empat dari pasukan yang telah menyertai edisi pertama 2022 kembali beraksi dan 8 pasukan baharu akan mempamerkan kehebatan meraih kejuaraan musim ini.

Pengerusi AFL, Yang Berbahagia Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.

Menariknya saingan musim ini apabila pasukan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Fakulti Sains Sukan Rekreasi UiTM Kampus Samarahan, Sarawak turut sama memeriahkan kejohanan kali ini.

Saingan SLeague M5 musim ini akan diadakan secara liga, enam pasukan setiap kumpulan dimana semua pasukan akan beraksi 10 perlawanan dalam setiap kumpulan.

Padang D Kompleks Sukan Negeri Kuching, Padang Bola Sepak Kampung Pichin, Serian dan Stadium Mini Lundu akan dijadikan venue sepanjang saingan dimana empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.

Majlis Perasmian SLeague M5 Sarawak 2023 disempurnakan Pengerusi AFL, Yang Berbahagia Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, Ahad lalu.

Sejurus majlis pelancaran tersebut, dua perlawanan SLeague M5 Sarawak, Pusak SC menentang Sempurna Jaya dan Rimong Crocs United bertemu Maqarize FC telah dilangsungkan yang disaksikan kira-kira 300 penyokong.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian dan perlawanan adalah Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Abang Zulkarnain Abang Abdul  Rahman, ADUN N1 Opar, Sarawak, Yang Berhormat, Billy Anak Sujang dan Ketua Pegawai Operasi AFL, Raimi Fakri Mohd Fuad.

Hadir sama, Pengarah Urusan SSFC Sports Management, Syah Juan Mohd Nor, Setiausaha Agung FAS, Tuan Hj Paza @ Faizal Haji Dan, Pengerusi Persatuan Bolasepak Serian merangkap Exco FAS, Philip Jabu serta Pengarah Urusan ForFit, Muhammad Fikri Nizam.

S League M5 Sarawak 2023 ini juga bakal menjadi salah satu platform utama dalam mencungkil bakat-bakat baharu atau terpendam khususnya dari golongan belia muda Negeri Sarawak di arena bola sepak.

March 24, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *