Johor Darul Ta’zim II tekad memastikan rekod tanpa kalah Kelantan City FC lebur dilaman sendiri menjelang pertembungan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini. Penyerang JDT II, Muhammad Syukur Fariz Januri berkata, selain membawa misi memastikan rekod tersebut lebur, JDT II juga ingin mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga A1 Semi-Pro 2026/2027. “Tuan rumah…
