AFL

AMATEUR Football League (AFL) telah menganjurkan taklimat Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027 di Hotel Concorde, Shah Alam.

Taklimat bertujuan memberikan penerangan serta perjalanan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.

Sepanjang taklimat pegawai-pegawai pasukan telah diberikan penerangan oleh pegawai dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Amateur Football League (AFL).

Majlis telah dirasmikan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Yang Berbahagia Datuk Noor Azman Haji Rahman.

Turut hadir, Rakan Kongsi AFL, YBhg Datuk Yazid Sukor, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, Setiausaha Kehormat Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) YDH ACP (B) Tuan Haji MD Dali Wahid, Pengarah Urusan Arena Prestige Sdn Bhd, Encik Amirul Syafiq Azidin dan Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad serta pegawai pasukan-pasukan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.

#afl
#ligaa1semipro20262027
#ligaa2amateur
#ligaa3community
#ligauntuksemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *