AFL

AMATEUR Football League (AFL) dengan telah menganjurkan taklimat persediaan pasukan AFL musim 2025-2026 di Wisma FAM, Petaling Jaya.

Taklimat bertujuan memberikan penerangan serta gambaran awal bagi pertandingan-pertandingan anjuran AFL untuk Musim 2025-2026.
Majlis telah dirasmikan Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang turut dihadiri Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin.
Hadir sama Naib Presiden FAM, Dato’ Dollah Salleh merangkap Timbalan Pengerusi AFL, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AFL, Datuk Kamarudin Hassan, Chiew Chun Yong, Anwar Mumtaj, Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad serta pegawai-pegawai pasukan Liga A1 dan A2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *