AFL
March 11, 2023
PENGENDALI Harini Selangor FT, P Maniam percaya Melaka FC akan tampil umpama Harimau terluka untuk meraih kemenangan pada pertembungan saingan Liga M3 di Stadium UPM, Serdang ,malam ini. Pandangan ini disuarakan Maniam selepas Melaka FC  tewas pada aksi pertama dilaman sendiri ditangan Sains FC dan sudah pasti mereka akan bangkit dengan lebih baik. “Mereka telah tewas...
March 10, 2023
KELAB Bola Sepak Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC sudah memiliki strategi tersendiri bagi memerangkap Sains FC pada aksi kedua saingan Liga M3 di Stadium USIM, Nilai petang esok. Sekadar seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC minggu lalu, PIB Shah Alam FC tampil lebih bersemangat untuk memastikan tiga mata penuh dilaman sendiri. Ketua...
March 9, 2023
PENJARING gol Kuala Lumpur Rovers FC, Amirul Ashraf tekad terus meledak gol setiap kali diturunkan beraksi dalam saingan Liga M3 bagi membantu kemenangan pasukan. Kali pertama beraksi dalam kancah Liga M3, Amirul menyifatkan inilah peluang terbaik buat dirinya untuk mempamerkan kualiti dan mengorak langkah lebih jauh. “Gol kedua pasukan adalah pertama buat diri saya dalam...
March 8, 2023
BENTENG terakhir Kelab Bolasepak Persada Integriti Bersatu (PIB), Izzat Abd Rahim ternyata menepati kehendak dan kepercayaan diberikan pasukan apabila beraksi cemerlang bagi memastikan gawang tidak dibocori pada aksi menentang Manjung City FC, Sabtu lalu. Ketangkasan Izzat yang sekurang-kurangnya menafikan tiga percubaan dari penyerang tuan rumah memastikan pasukan membawa pulang satu mata berharga. Bagi ketua jurulatih...
March 7, 2023
PENGENDALI Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris ternyata masih belum berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menamatkan saingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Kangsar BRM FC, Sabtu lalu. Tegasnya, dari segi keputusan perlawanan memang memihak pasukan berbeza dengan persembahan dipamerkan anak didiknya. “Memang kami membawa pulang tiga mata, Alhamdulillah cuma dari segi persembahan...
March 6, 2023
KELAB Bolasepak Kuala Lumpur Rovers menyifatkan perjalanan dalam saingan Liga M3 musim 2023 masih jauh walaupun dilihat tidak berdepan masalah menewaskan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA), 3-0 di Stadium UKM, Bangi, Sabtu lalu. Pengendalinya, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui walaupun menang dengan jumlah jaringan agak besar namun masih banyak lagi perlu diperbaiki bagi memastikan...