AFL

HANYA menanti masa untuk melangkah ke pentas Liga Super 2024, mungkin itu tanggapan diberikan buat pasukan Harini Selangor FT yang beraksi musim kedua dalam saingan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Dibarisi sekurang-kurangnya 14 pemain yang pernah beraksi di Liga Super dan pemain kebangsaan serta jurulatih berpengalaman P Maniam, status juara AFL kali ini seolah-olah sudah dimiliki.

Namun bagi bekas pengendali Petaling Jaya City FC yang kini diberikan tanggungjawab membimbing Harini Selangor FT, P Maniam ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah memandangkan beberapa pasukan lain turut mengimpikan gelaran yang sama.

“Kita ada pemain berpengalaman dan bagus, tapi pemain harus bermain dengan bersungguh serta tunjukkan permainan berkualiti.

“Sasaran pengurusan untuk kami bermain di Liga Super 2024 bukanlah satu tekanan memandangkan kami memiliki pemain-pemain berkualiti.

“Bukan tugas mudah memandangkan ada banyak pasukan lain antaranya Melaka FC, Sarawak United FC, Imigresen FC dan PIB Shah Alam FC,” ujarnya ketika ditemui AFL di Padang A, UPM Serdang.

Penampilan Harini Selangor FT dilihat cukup serius dan agresif untuk mengapai kejuaraan apabila membawa beberapa nama besar dalam kancah bola sepak tempatan.

Antara pemain yang menyertai pasukan yang menggunakan Stadium UPM Serdang sebagai gelanggang tuan rumah adalah, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, K Ruben, S Chanturu, Azmeer Yusof dan N Thanabalan.

Selain itu pasukan turut membawa masuk Nasir Basharudin, Hafizul Hakim, D Kugan, K Prabakaran, Amirul Azhan, Muhammad Farid Azmi serta Mohammad Raffi.

INFO RINGKAS HARINI SELANGOR FT

– Harini Football Team atau lebih dikenali sebagai Harini FT dan HFT, ialah satu pasukan bola sepak yang bermain di Amateur Football league (AFL) atau Liga M3.

– HFT merupakan pasukan yang berpusat di Jalan Kelang Lama, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 2022.

– Nama Harini Football Team diambil berdasarkan nama sebuah syarikat, iaitu Harini Sdn Bhd.

– Objektif penubuhan pasukan adalah bertujuan mengetengahkan bakat belia yang berpontensi ke peringkat yang lebih tinggi dan memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturrahim serta saling hormat menghormati di sepanjang liga berlangsung.

Presiden Kelab : Miss Harini

Penasihat : Subramaniam

Pengurus : Khalid Jamlus

Penolong Pengurus : Azidan Sarudin

Ketua Jurulatih : P. Maniam

Penolong Ketua Jurulatih : P. Somasundram

Jurulatih Kecergasan : M. Lingeswaran

Jurulatih Penjaga Gol : V. Murugan

Physio : Muhammad Fikri bin Enidzullah

Kit Man : Bala Murali Taran A/L Krishnan

Local General Coordinator : Aminuddin  Bakar

Pencapaian musim lalu : Suku Akhir

Gelanggang : Stadium UPM, Serdang

Laman Sosial :

Facebook Page : https://www.facebook.com/HariniFootballTeam

Instagram : https://www.instagram.com/harini_football_team/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *