AFL

SAINGAN Liga M3 yang membuka tirai bulan hujung minggu ini seharusnya harus menjadi pentas terbaik buat Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) kembali meraih kejayaan buat pasukan negeri berkenaan.

Melaka United sebelum ini telah di singkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kelab berkenaan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan di tolak ekoran masalah tunggakan gaji pada musim 2022.

Dijenamakan semula kepada Melaka FC dan di tubuhkan kelab baharu sebagaiĀ sebagai satu-satunya pasukan bola sepak yang mewakili negeri Melaka dalam saingan Liga Malaysia bagi musim 2023.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran kali ini pastinya mahu melonjak semula pasukan Melaka ke kancah Liga Super pada musim depan.

Tegasnya, kehadiran bekas penjaring terbanyak liga dan bintang naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), dilihat antara usaha keras skuad Melaka FC memperkasa pasukan berkenaan.

“Senarai 25 pemain muda dan berpengalaman juga menyaksikan mereka bukan sebagai pelengkap sahaja, sebaliknya mahu menjadi pencabar utama liga.

“Biarpun skuad kendalian Pedro Hipolito itu masih mempunyai kelemahan tertentu, namun saya optimis disiplin dan semangat juang pemain dapat memacu pasukan ke arah kejayaan.

“Justeru saya mahu mereka beraksi seperti aksi final pada setiap perlawanan supaya kita dapat berada di kelompok teratas untuk naik ke Liga Super,” katanya Majlis memperkenalkan Pemain dan Pegawai Pasukan serta Pelancaran Jersi Melaka FC, baru-baru ini.

INFO RINGKAS MELAKA FC

Presiden Kelab : Datuk Wira Nur Azmi Ahmad

Penasihat : Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali

Pengurus : Muhammad Najmi Mohd Nordin

Ketua Jurulatih : Pedro Manuel Da Cunha Hipolito

Penolong Jurulatih : Leong Hong Seng

Jurulatih GK : Hazalani Jaafar

Jurulatih Kecergasan : Tiago Moreira Da Silva

Fisioterapi : Prem Ghanesh A/L Chandra Segaran

Kit Man : Ahmad Shukri Othman

Local General Coordinator : Azrol Ezwan Abu Seman

Gelanggang : Stadium Hang Jebat

 

Laman Sosial : –

Facebook Page : Melaka Football Club

Instagram : @Melakafootballclub

Youtube Chanel : –

TikTok : Melakafc

February 28, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *