AFL

KELAB Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) meletakkan sasaran berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan Liga M3 yang bakal memulakan tirai 4 Mac nanti.

Dikenali dengan nama KSR SAINS FC dan ditubuhkan pada 2016, tujuan  asal penubuhan pasukan ini adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan SAINS menonjolkan bakat mereka dan seterusnya membawa nama SAINS di dalam arena bolasepak negara.

Setahun kemudian, SAINS FC telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2017 sehingga 2019.

Bagi musim 2023, kemasukan beberapa pemain yang pernah mewakili pasukan negeri dan kelab serta Malaysia memperlihatkan kesungguhan  pasukan memberikan cabaran kepada pasukan laian selain meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan empat pasukan teratas bagi saingan Liga M3 2023 ini.

Untuk rekod,  pasukan ini telah berjaya di dalam tiga edisi Pertandingan Piala Liga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) di mana telah berjaya menjadi Naib Johan pada tahun 2017 dan 2018 dan Johan pada tahun 2019.

Pada tahun 2019, pasukan SAINS FC telah berjaya menjadi Johan Liga M4 Malaysia yang telah diadakan pada Disember dan secara automatik telah melayakkan pasukan ke pertandingan Liga M3 2020 di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam Pertandingan Liga M3 2021 pula, SAINS FC berada di kedudukan kelima kumpulan A dan ia merupakan pencapaian terbaik selepas liga terpaksa ditangguhkan akibat COVID 19.

Di awal tahun 2022, SAINS FC telah menyertai kelayakan Piala FA tahun 2022 menentang pasukan Liga Super Kedah, walaupun tidak berjaya melangkah jauh, namun, nama SAINS FC semakin dikenali dengan pencapaian yang luar biasa ini.

INFO RINGKAS SAINS FC

Presiden Kelab : Mislan Miskam

Penasihat : Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun

Pengurus : Mohamad Afif Anuar

Ketua Jurulatih : Hamizar Hamzah

Penolong Ketua Jurulatih : Mohd Tarmizi Mohamed Hanifah

Jurulatih Kecergasan : Mohd Kamil Ujang

Jurulatih Penjaga Gol : Fadli Mohd Faksi @ Mohd Fauzi

Physio : Muhammad Azri Mohammad Raffi

Kit Man : Mohd Radzuan Lizam Mahat

Local General Coordinator : Muhammad Azriq Ramli

Gelanggang : Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi.

Laman Sosial :

TikTok – sainsfc

Facebook Page : SAINS FC

Instagram : @sains.fc

 

 

 

February 28, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *