KELAB Bola Sepak Sarawak United (SUFC) mahu menjadikan pentas Liga M3 musim ini sebagai pendedahan dan pengalaman buat barisan pemain mudanya.
Tidak meletakkan sasaran yang jelas tetapi lebih kepada pembentukan pasukan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 25 tahun kebawah, SUFC tetap bersedia memberikan tentangan kepada lawan.
Bagi pengendalinya, S Balachandaran, untuk musim pertama dalam saingan Liga M kali ini pengurusan tidak meletakkan sasaran memandangkan pasukan dibarisi pemain muda.
“Kita ada tiga pemain senior bersama pemain baharu dan sedar ia bukanlah tugas mudah dalam saingan Liga M3 yang lebih kompetitif kali ini.
“Walaupuan pengurusan tidak meletakkan sasaran, namun secara peribadi saya tetap mahu memastikan pasukan meraih keputusan positif pada setiap perlawanan,” jelasnya kepada AFL.
Tambahnya lagi, dia menyedari kekuatan yang dimiliki beberapa pasukan lain namun tetap menaruh keyakinan anak didiknya mampu memberikan saingan.
“Pasukan yang dibentuk masih baharu namun mereka menunjukkan komitmen dalam latihan dan juga beberapa siri perlawanan persahabatan,” ujarnya.
INFO RINGKAS SUFC
-Menjadi Kelab rangking A Malaysia menjelang 2023
– Kelab peneraju bolasepak Sarawak dan Malaysia
– Memperoleh kejayaan dalam setiap pertandingan dan memenangi kejuaraan Liga untuk layak bertanding di pentas tertinggi Liga Malaysia secara merit serta menjadi kelab platform untuk menghasilkan pemain professional berkebolehan dan mampu
beraksi diperingkat tertinggi bolasepak tempatan.
Presiden Kelab : Dato’ Posa Majais
Penasihat : Datuk Naroden Majais
Pengurus : Abang Fomay Abang Sa’adeli
Ketua Jurulatih : Balachandran A/L Sithamparam
Jurulatih Kecergasan : Faroukh Othman
Jurulatih Penjaga Gol : Mohana Sundram A/L Packirisamy
Pembantu Jurulatih : Benedict Martin
Physio : Carlvvin Stakeith Gary
Kit Man : Nazrul Amry Abdul Rani
Local General Coordinator : Hafizdzul Syarfuzzan Paza
Gelanggang : Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching