AFL

JARINGAN pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan tiga mata penuh buat Imigresen FC setelah menang 1-0 menentang Kuala Kangsar BRM FC, petang tadi. Pada aksi yang berlangsung di Padang Astaka Sitiawan, Perak, tandukan Azim Rahim nyata berjaya memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang dilihat seimbang. Imigresen FC yang dibimbing Mat Zan Mat Aris…

PENJARING gol pertama saingan Liga M3 musim lalu, Khairul Asyraf Sahizah tekad memastikan gelaran yang diraih musim lalu dapat dikekalkan pada penampilan bersama Imigresen FC. Khairul Asyraf bakal turun menentang kelab lamanya, BRM FC yang kini dikenali BRM Kuala Kangsar FC pada aksi pertama kedua-dua pasukan di Stadium Sitiawan, Perak petang ini. Mengakui bukan mudah…

WALAUPUN pada peringkat permulaan menghadapi pelbagai rintangan, tekad komitmen barisan kejurulatihan dan kesungguhan latihan pemain-pemain, akhirnya Kelab Bolasepak Tambun (BTFC) telah memulakan misi “impossible” di Liga M3 2022. Tidak siapa menjangkakan BTFC yang masih asing dalam kancah bolasepak amatur Malaysia telah memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan lebih berpengalaman seperti Harini, BRM Kuala Kangsar dan Perlis…

IMIGRESEN FC mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Kuala Kangsar BRM FC untuk memastikan tiga mata penuh pada aksi di Stadium Sitiawan, Perak malam esok. Mendapat jolokan The Mighty Tigers, skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris tampil mengakui bukan tugas mudah buat pasukannya pulang dengan noktah kemenangan. “Kita menyedari tuan rumah bukanlah calang-calang pada musim lalu begitu…

HANYA menggunakan khidmat kakitangan Angkatan Tentera dari Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera (AFFC) mensasarkan kejuaraan Liga M3 musim ini. Pada masa sama skuad yang dibimbing Kevin Lee Cooper ini turut memiliki matlamat untuk bersaing mendapatkan promosi ke Liga Super bagi musim 2024 yang diberi latihan dan pembangunan yang…

KELAB Bola Sepak Sarawak United (SUFC) mahu menjadikan pentas Liga M3 musim ini sebagai pendedahan dan pengalaman buat barisan pemain mudanya. Tidak meletakkan sasaran yang jelas tetapi lebih kepada pembentukan pasukan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 25 tahun kebawah, SUFC tetap bersedia memberikan tentangan kepada lawan. Bagi pengendalinya, S Balachandaran, untuk musim pertama dalam saingan…

MENAMATKAN saingan dikedudukan enam terbaik dalam Kumpulan B musim lalu, perjalanan pasukan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA) diteruskan dengan sasaran suku akhir diletakkan untuk Liga M3 musim ini. Bermatlamatkan sebagai pentas perlawanan buat pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan berdaya saing melalui liga kompetitif untuk menghadapi kejohanan-kejohanan universiti di peringkat antarabangsa, MUFA kini bersedia…

HANYA menanti masa untuk melangkah ke pentas Liga Super 2024, mungkin itu tanggapan diberikan buat pasukan Harini Selangor FT yang beraksi musim kedua dalam saingan Liga Bolasepak Amatur (AFL). Dibarisi sekurang-kurangnya 14 pemain yang pernah beraksi di Liga Super dan pemain kebangsaan serta jurulatih berpengalaman P Maniam, status juara AFL kali ini seolah-olah sudah dimiliki….

SAINGAN Liga M3 yang membuka tirai bulan hujung minggu ini seharusnya harus menjadi pentas terbaik buat Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) kembali meraih kejayaan buat pasukan negeri berkenaan. Melaka United sebelum ini telah di singkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kelab berkenaan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan di tolak ekoran masalah tunggakan gaji pada…

KELAB Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) meletakkan sasaran berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan Liga M3 yang bakal memulakan tirai 4 Mac nanti. Dikenali dengan nama KSR SAINS FC dan ditubuhkan pada 2016, tujuan  asal penubuhan pasukan ini adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan SAINS menonjolkan bakat mereka dan seterusnya membawa nama…