Danish Syamer utamakan pasukan berbanding rekod peribadi
JDT IIKemenangan kepada pasukan menjadi keutamaan buat penyerang muda Johor Darul Ta’zim II, Muhammad Danish Syamer Tajuddin berbanding jumlah jaringan peribadi.
Mengakui turut mengidamkan nama selaku penjaring gol buat pasukan, pemain kelahiran Muar, Johor ini berpendapat rakan sepasukan yang lain juga berpeluang menjaringkan gol pad aksi menentang Kedah FA, Sabtu ini.
“Sudah semestinya saya ingin menjaringkan gol, rakan sepasukan saya selalu memberikan bantuan dan semangat kepada saya untuk terus menjaringkan gol.
“Walau bagaimana pun sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol, tiga mata untuk pasukan lagi penting bagi saya,” jelasnya.
Mengulas prestasi semasa dirinya, pemain yang mampu beraksi di posisi tengah dan serangan ini masih belum berpuas hati sepenuhnya.
“Semestinya saya masih tidak berpuas hati serta selesa dengan prestasi, saya akan teruskan usaha dan berlajar hari demi hari bagi meningkatkan lagi prestasi,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bermain di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada pasukan dan ia akan dimanfaatkan sepenuhnya.
“Kami bersiap sedia untuk memberikan saingan kepada Kedah FA dan cuba memperoleh kemenangan untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027,” ujarnya.
Pada aksi menentang Kelantan City FC minggu lalu, Danish Syamer mencatak nama selaku penjaring gol pertama pasukan bagi membantu kemenangan 3-0 ke atas lawan.
Perlawanan Seterusnya
28 November 2026 (Sabtu)
> JDT II vs Kedah FA
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin / 8.45 mlm
*Live Streaming PPV - AFL+ https://afl.aflplus-ifs.my/


















