Kami mahukan kemenangan - Fadhil
Pertahanan Perak FA, Muhammad Fadhil Mohammad Azmi menyifatkan kekalahan ditangan Johor Darul Ta’zim II memberikan banyak pengajaran dan menggesa rakan sepasukan bangkit berdepan Kedah FA, malam ini.
Amateur Football LeaguePertahanan Perak FA, Muhammad Fadhil Mohammad Azmi menyifatkan kekalahan ditangan Johor Darul Ta’zim II memberikan banyak pengajaran dan menggesa rakan sepasukan bangkit berdepan Kedah FA, malam ini.
Mengakui kekuatan Kedah FA, Fadhil percaya rakan sepasukan kini bersedia sepenuhnya dalam usaha membawa pulang tiga mata.
“Kami tahu kekuatan lawan yang memiliki pemain berpengalaman dan berkualiti, jadi kami perlu sedia dari segi mental dan fizikal.
“Tidak boleh memandang rendah perlawanan ini dan tekad meraih kemenangan ditempat lawan,” tegasnya.
Ujarnya lagi, kekalahan tempoh hari banyak memberi pengajaran dan pengalaman buat dirinya dan juga rakan sepasukan tetapi ianya sudah berlalu.
“Pemain akan bangkit, belajar dari kesilapan, saya yakin rakan pasukan akan bangkit memberikan komitmen sepenuhnya kerana bagi kami setiap perlawanan adalah penting.
“Kami mahu bawa pulang tiga mata,” jelasnya.
Perlawanan seterusnya
21 November 2026 (Sabtu)
> Kedah FA vs Perak FA II
Stadium Darul Aman, Alor Setar / 8.45 mlm
*Live Streaming PPV - AFL+ https://afl2.aflplus-ifs.my/


















