USM FC perlu terus konsisten untuk raih mata
USM FCPrestasi semasa yang diraih USM FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 bukanlah jaminan buat mereka meraih tiga mata apabila berdepan Armed Forces FC (AFFC), petang esok.
Ketua jurulatih USM FC, Azizul Ahmad Sabri berkata, barisan pemain perlu mengekalkan prestasi semasa dan tidak terlalu dibuai dengan kemenangan yang diraih.
“Boleh dikatakan USM FC sedang dalam prestasi yang baik, namun yang lebih penting USM FC perlu berusaha mengekalkan prestasinya secara konsisten melibatkan sebanyak mungkin penggiliran pemain dalam pasukan.
“Sudah tentu ada beberapa elemen yang perlu diperbaiki dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Prestasi USM FC bermain di tempat lawan juga perlu diperbaiki,” ujarnya.
Tambahnya lagi, USM FC menghormati kekuatan lawan yang akan beraksi dihadapan penyokong sendiri.
“AFFC adalah sebuah pasukan yang jauh lebih berpengalaman dari USM FC. Sudah tentu AFFC memiliki kumpulan pemain yang matang dan berpengalaman.

“Bertandang ke tempat lawan, USM FC ternyata perlu bekerja keras jika ingin mengatasi AFFC untuk memastikan sasaran yang munasabah dicapai pada tahun pertama penyertaan USM FC dalam saingan,” katanya.
USM FC kini antara pasukan yang menunjukkan peningkatan ketara apabila merekodkan tiga kemenangan berturut-turut ke atas Bunga Raya FC (2-0), AAK UNISEL FC (2-1)dan terbaharu Negeri Sembilan FC II (2-0).
Anak didik Azizul Ahmad Sabri ketika ini berada ditangga keempat selepas meraih enam kemenangan dan tiga kekalahan untuk mengumpul 18 mata.
Perlawanan Seterusnya
27 November 2026 (Jumaat)
> Armed Forces FC vs USM FC
Stadium MINDEF, Kuala Lumpur / 4.45 ptg
*Live – Youtube Astro Arena
















