PratontonOleh Amateur Football League

Kedah FA mahu terajui Liga A1 Semi-Pro 2026/2027

Buruan tiga mata yang pastinya akan meletakkan pasukan selaku peneraju liga adalah motivasi terbaik buat Kedah FA menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim II, malam esok.

KongsiIkuti AFL
Amateur Football League

Buruan tiga mata yang pastinya akan meletakkan pasukan selaku peneraju liga adalah motivasi terbaik buat Kedah FA menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim II, malam esok.

Ketua jurulatih Kedah FA, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, kemenangan ke atas tuan rumah akan meletakkan pasukan ditangga teratas dengan kelebihan satu mata.

“Kami semua betul-betul bersemangat untuk bertemu dengan JDT II, kerana jika kita mampu untuk mendapat tiga mata pasukan akan melonjak dikedudukan pertama dan ianya merupakan motivasi terbaik buat pasukan ketika ini.

“Semua pemain bersedia untuk diturunkan dan tahu tanggungjawab dan kerja kuat yang perlu dilakukan dalam perlawanan tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, pertembungan ini bukan sahaja dinantikan peminat tetapi juga pemain-pemain yang diberikan tanggungjawab memburu kemenangan.

“Bukan sahaja peminat tetapi pemain sendiri saya percaya tidak sabar untuk perlawanan ini memandangkan lawan dibarisi pemain berpengalaman dan skuad kebangsaan yang sudah terbukti kualiti yang dimiliki.

“Bukan mudah hadapi JDT II, jika kami berjaya dapatkan tiga mata ditempat lawan dan beraksi dengan pemain berkualiti akan memberikan kami semangat untuk memberikan sehabis baik.
“Matlamat kami bila bertandang ke JDT II adalah mendapatkan tiga mata penuh,”ujarnya.

Katanya, rekod enam kemenangan berturut-turut ketika ini dicapai bukanlah dengan cara yang mudah dan adalah hasil semua pihak.

“Bukan tugas mudah dan ianya terhasil dari kerja keras jurulatih dan pemain, momentum kemenangan seumpama ini perlu diteruskan pada setiap perlawanan,” jelasnya.

Selepas berakhirnya sembilan perlawanan, Kedah FA hanya dibezakan dua mata dengan JDT II selaku peneraju Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

Perlawanan Seterusnya

28 November 2026 (Sabtu)
> JDT II vs Kedah FA
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin / 8.45 mlm
*Live Streaming PPV - AFL+ https://afl.aflplus-ifs.my/

Amateur Football League
Amateur Football League
Siaran langsung di AFL+ PPVBeli pas
Berita

Berita lain

Semua berita

Pertembungan dua terbaik

JDT II bakal melayan kunjungan Kedah FA pada pertembungan dua terbaik yang pastinya menjanjikan aksi sengit dalam usaha memburu kemenangan.

Danish Syamer utamakan pasukan berbanding rekod peribadi

Enggan kecewa lagi

Tewas di tangan Selangor FC II minggu lalu, Armed Forces FC ingin segera melupakan episod tersebut dengan tekad meraih mata berdepan USM FC dilaman sendiri Jumaat ini.