Najmuddin sedia hadapi cabaran berdepan Kedah FA
Kejayaan Kedah FA meraih enam kemenangan berturut-turut sesuatu yang perlu dibanggakan namun itu bukan halangan buat JDT II untuk meraih kemenangan malam ini.
Amateur Football LeagueKejayaan Kedah FA meraih enam kemenangan berturut-turut sesuatu yang perlu dibanggakan namun itu bukan halangan buat JDT II untuk meraih kemenangan malam ini.
Pemain sayap JDT II, Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal berkata, barisan pemain dan kejurulatihan kini bersiap sedia menjelang aksi penting dilaman sendiri malam ini.
“Saya percaya jurulatih dan rakan sepasukan telah membuat persiapan dan terbaik, memandangkan bermain dilaman sendiri kami komited untuk mendapatkan tiga mata penuh.
“Bagi saya enam kemenangan berturut-turut dilakar Kedah FA bukanlah mudah serta patut dibanggakan, kedah FA ada keyakinan tinggi dan prestasi yang baik untuk musim ini.
“Tapi pun kami ada matlamat sendiri, perlawanan minggu ini mencabar dan sedia menerima cabaran ini,” jelas pemain yang mampu beraksi diposisi tengah dan juga penyerang.
Pada aksi terakhir menentang Kelantan City FC, Najmuddin menjaringkan satu gol membantu kemenangan JDT II keatas tuan rumah dengan keputusan 3-0.
Perlawanan Seterusnya
28 November 2026 (Sabtu)
> JDT II vs Kedah FA
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin / 8.45 mlm
*Live Streaming PPV - AFL+ https://afl.aflplus-ifs.my/
















